Mustar Juara 'Kilauan Emas 5' Rangkul RM110,000, Motosikal

Mustar juara pertandingan Kilauan Emas musim kelima. Foto FARHAN GHANI
KUALA LUMPUR: Peserta dari Selangor iaitu Mustaffa Rasyid Abd Jabar menepati ramalan apabila muncul sebagai juara pertandingan Kilauan Emas musim kelima yang diadakan secara langsung di Pusat Konvensyen CIDB di sini pada malam Rabu.

Mustaffa atau lebih mesra dengan sapaan Mustar menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah motorsikal sumbangan Royal Enfield bernilai RM50,000, sebuah kerusi urut sumbangan Go Shop beserta trofi.

Mustar, 47, turut menerima Anugerah Khas Juri dan membawa pulang RM10,000.

Naib juara pula milik Wan Muhammad Logan Wan Abdul atau Elji, 44, berjaya membawa pulang hadiah tunai berjumlah RM50,000, perkakas masakan sumbangan Go Shop berserta trofi.

Manakala tempat ketiga milik Mursalim Muhidin atau Aling, 44 dan melayakkan dia menerima hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, perkakas memasak sumbangan Go Shop berserta trofi.

Ailing (kanan) menerima hadiah daripada juri tetap Kilauan Emas 5, Erra Fazira.

Satu-satunya peserta wanita, Hazlina Wati Zainuddin, 42, terpaksa berpuas hati ditempat terakhir dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.


Terdahulu, Mustar dan Elji berentap dalam pusingan 'battle' bagi memberi peluang kedua kepada mereka untuk mendapat undian penonton bagi merebut gelaran juara.

Hadiah disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Namanzee Harris.

Markah peserta diadili 70 peratus daripada penilaian juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Erra Fazira dan Datuk Hattan manakala 30 peratus lagi berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Elji

Penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor pula dijemput sebagai juri jemputan.

Pada peringkat akhir ini menyaksikan para peserta diberi peluang memilih sendiri lagu pilihan mereka menerusi dua pusingan persembahan.

Selain menyanyi secara solo, peserta juga perlu mengadakan persembahan bersama artis undangan.

Empat artis yang tampil berduet dengan kesemua peserta adalah Abdul Rahman Kamaruddin, Maria Bachok, Lan Kristal dan Adira.

Program yang dikendalikan oleh Raja Azura itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada Joey (BPR), Man Bai, Ali (XPDC) dan Mael (XPDC).

Kilauan Emas musim kelima disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Prima dan Maya HD pada pukul 9 malam.
Kilauan Emas, Mustar

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain