suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mia Ahmad Enggan Percaya Suami-Isteri Cerai Kerana Wataknya

Mia Ahmad
PETALING JAYA: Pelakon baharu Mia Ahmad berharap khabar angin kononnya terdapat pasangan suami isteri bercerai kerana wataknya sebagai Yuhanis dalam Hari Perempuan adalah cerita tidak benar. 

Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 27, berkata, dia sudah lama mendengar mengenai gosip tersebut tetapi enggan mempercayainya kerana berita tersebut seolah-olah ingin menarik perhatian pembaca.

"Saya tak rasa berita kononnya pasangan suami isteri bercerai kerana Yuhanis adalah cerita betul.

"Apabila saya membuka blog yang menyebarkan berita itu, ia tidak kelihatan benar, sebaliknya ia seperti sengaja direka dengan tujuan untuk meraih perhatian orang ramai," katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Minggu lalu, sebuah blog tempatan telah mengeluarkan artikel mengenai seorang isteri telah memfailkan perceraian kerana bengang suaminya sering menyebut nama Yuhanis ketika sedang tidur.

Kata isteri tersebut, sejak menonton drama Hati Perempuan, suaminya mula menunjukkan perubahan sehingga kedua-dua mereka kerap bergaduh.

Mia Ahmad

Sementara itu, Mia berkata, sekiranya benar ada pasangan suami isteri bercerai kerana wataknya itu, dia pasti akan bersedih kerana perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

"Sekiranya betullah khabar itu, saya sangat sedih kerana tidak sangka watak Yuhanis memberi impak sehingga ke tahap itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Mia mengakui drama tersebut mempunyai impak yang tersendiri apabila ramai memberi komen rata iaitu positif dan negatif.

Bagaimanapun dia bersyukur, namanya mula menjadi perhatian kerana lakonan itu dan sedikit sebanyak menambahkan rezeki dalam kerjayanya.

"Alhamdulillah, sejak dikenali menerusi Hati Perempuan, saya menerima pelbagai tawaran lakonan sehingga membuatkan saya perlu memilih.

"Malah saya turut ditawarkan menjadi model dan duta untuk beberapa produk," tuturnya.

Drama Hati Perempuan sudah pun tamat siarannya di TV3 pada 14 Mei lalu.
Mia Ahmad

Artikel Lain