NanaSheme Tidak Sangka 'Hantu Atau Buaya' Jadi Perhatian - Hiburan | mStar

NanaSheme Tidak Sangka 'Hantu Atau Buaya' Jadi Perhatian

NanaSheme

PETALING JAYA: Penyanyi NanaSheme tidak menyangka lagu single keduanya Hantu atau Buaya mendapat sambutan di kalangan penggemar muzik tempatan.

NanaSheme atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, 20, berkata dia berasa  terkejut dengan sambutan yang diberikan oleh peminat kerana single pertamanya, Pemintaan Hati kurang mendapat perhatian.

"Saya sebenarnya tidak menyangka lagu ini mendapat tempat di dalam hati peminat kerana sebelum ini Permintaan Hati  tidak mendapat sambutan sebegini.

"Pada awalnya saya amat terkejut apabila membuat persembahan baru-baru ini kerana ramai yang menyanyikan lagu ini walaupun orang ramai kurang mengenali saya tetapi mereka mengetahui lagu tersebut," katanya kepada mStar Online.

Nana berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai sambutan lagu single keduanya yang kini mendapat perhatian masyarakat.


Sementara itu, Nana kini masih merupakan pelajar Diploma Bangunan Universiti Teknologi MARA Sarawak (UiTM Sarawak) dan enggan pengajiannya terjejas semata-mata mahu mengejar impian sebagai penghibur serba boleh.

"Sekarang ini saya masih belajar dan akan memberi fokus sepenuhnya pada pengajian dan apabila cuti semester saya akan datang ke Kuala Lumpur untuk tujuan promosi ataupun mengadakan persembahan.

"Sebelum menandatangani perjanjian bersama pihak pengurusan Life Records, saya telah jelaskan sebarang persembahan hanya boleh dilakukan ketika cuti semester ataupun pada hujung minggu,” katanya lagi.

Nana turut memberitahu bahawa sehingga kini dia masih dapat mengimbangi diantara pelajaran dan kerjayanya serta menganggap perkara itu tidak membebankan dirinya.

Sementara itu, Nana turut menjelaskan mengenai imej baru yang tampil bertudung bukan untuk meniru seorang lagi penyanyi kelahiran YouTube iaitu Najwa Latif.  

"Saya tidak meniru sesiapa tetapi keputusan untuk bertudung dilakukan oleh diri sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

"Pada setiap tahun bulan puasa saya akan bertudung untuk menghormati bulan Ramadhan tetapi pada tahun lepas saya mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya kerana berasa selesa dengan imej ini," jelasnya.

NanaSheme

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Zamani Slam Semakin Pulih

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain