suria

Amar Baharin Tepis Gosip Bakal Nikah Amyra Rosli Hujung Tahun

Amar nafi sedang membuat persiapan perkahwinan dengan aktres Amyra Rosli.

PETALING JAYA: Pelakon Amar Baharin terkejut apabila dikatakan sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya dengan pelakon Amyra Rosli yang dijangka hujung tahun ini.

Ammar, 30, dan Amyra turut dikatakan sudah meninjau lokasi majlis berkenaan dan melantik individu tertentu bagi menguruskan majlis itu.

"Kahwin? Saya pun tak tahu perkara ini dan macam mana pula orang boleh kata saya nak kahwin? Sekali lagi saya ingin perjelaskan bahawa saya dan Amyra hanyalah kawan kerja dan tidak lebih daripada itu," jelas Ammar kepada mStar Online pada Rabu menjawab gosip berkenaan.

Tambah Amar, ketika ini dia masih solo dan tidak menafikan hasrat untuk mendirikan rumah tangga namun mungkin masih belum temui jodohnya.

"Saya masih solo dan ada keinginan untuk kahwin. Cuma tak tahu bila," katanya.

Sementara itu, Amar menganggap namanya masih lagi dikaitkan dengan Amyra, 23, mungkin kerana kedua-dua mereka serasi apabila bergandingan dalam sesebuah drama yang dilakonkan.

"Sehingga kini sudah lima buah drama dan satu telefilem kami bergandingan bersama. Dan jujurnya kami serasi setiap kali melakonkan babak mesra. Mungkin kerana itu orang anggap ada sesuatu yang terjalin di antara kami. Tetapi sebenarnya tidak," ujarnya.

Antara drama gandingan Amar dan Amyra ialah Kalimah Jiwa, Kristal Maya dan Suamiku Encik Sotong.

Dalam perkembangan lain kedua-dua mereka turut bergandingan menerusi drama Cik Bunga Encik Sombong terbitan Global Station.

Sebelum kekecewaan telah melanda Amyra apabila hasratnya untuk mendirikan rumah tangga dengan aktor Dazrin tidak kesampaian walaupun majlis dirancang sudah hampir tiba. 

Amar Baharin, Amyra Rosli

Artikel Lain