suria

Fahrin Ahmad Sahkan Nikah Sabtu Ini, Masih Rahsia Bakal Isteri

KUALA LUMPUR: Pelakon Fahrin Ahmad mengesahkan bakal bernikah pada Sabtu ini dalam satu majlis yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini.

Fahrin, 36, bagaimanapun enggan mendedahkan siapa bakal isteri yang bakal dikahwininya itu sehinggalah pada hari pernikahannya nanti.

"Saya akan bernikah pada Sabtu ini iaitu pada hari tarikh lahir saya yang jatuh pada 9 Mei. Tetapi buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan siapa bakal isteri saya itu.

"Biarlah anda semua (media) tahu pada majlis pernikahan itu nanti.Tetapi wanita itu bukan di kalangan selebriti," katanya kepada mStar Online.

Fahrin ditemui pada sidang media khas pengumuman pernikahannya di Flora Terrace, di sini pada Selasa.

Walaupun tidak mendedahkan wanita yang dinikahinya itu, Fahrin berkata dia sudah pun mengenali bakal isterinya itu sejak setahun lalu.

"Kami berkenalan sejak setahun lalu dan saya tahu ramai yang terkejut kerana tidak tahu mengenai perhubungan ini.

"Sebab saya tidak berkongsi mengenai perkara ini terlalu awal kepada umum kerana ia atas permintaan kedua-dua belah pihak keluarga.

"Bagaimanapun mereka (keluarga) menerima saya seadanya. Mungkin mereka tidak faham cara kerja saya sebagai pelakon tetapi mereka sanggup bersama-sama memberi sokongan pada saya," ujarnya.

Fahrin Ahmad

Artikel Sebelum

Artikel Lain