suria

Dibantah Keluarga Tompel, Astro Masih Dalam Proses Teliti Isu Tayangan Telefilem Saloma

Nabila Huda sebagai Saloma

KUALA LUMPUR: Stesen televisyen Astro masih dalam proses meneliti isu penayangan telefilem biografi Saloma yang mendapat bantahan waris keluarga arwah A R Tompel.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, pihaknya sudah menyerahkan perkara tersebut kepada peguam untuk memberi memberi maklum balas yang sewajarnya berhubung perkara tersebut.

”Kami akui memang ada menerima surat guaman daripada waris arwah dan surat itu telah diserahkan kepada peguam kami.

”Jadi, buat masa ini saya tidak boleh memberi komen yang lebih lanjut kerana semuanya masih dalam proses penelitian kami," ujarya ketika ditemui pada majlis tayangan filem televisyen komedi Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya di sini, Rabu.

Khairul Anwar Salleh


Khairul diminta mengulas berhubung isu salah seorang waris arwah A R Tompel iaitu pelakon Adlin Aman Ramlie meluahkan rasa tidak puas hati berhubung penayangan telefilem berkenaan yang dikatakan memaparkan watak arwah ayahnya yang berniat mengaibkannya Allahyarham selain dihasilkan tanpa fakta yang betul.

Disebabkan perkara tersebut, waris keluarga AR Tompel bakal mengadakan satu sidang media untuk menyuarakan bantahan selepas permohonan mereka kepada stesen televisyen itu agar menghentikan tayangan berkenaan tidak diendahkan.

Sidang media berkenaan akan diadakan di Panggung P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada pukul pukul 3 petang Khamis.

Khairul berkata, pihak Astro akan terus menayangkan telefilem berkenaan di saluran Astro First Eksklusif, meskipun mendapat bantahan daripada waris arwah.

"Sehingga kini  telefilem berkenaan mendapat sambutan yang menggalakkan serta pujian daripada penonton," ujarnya.

Ia diarahkan oleh Melissa Saila dan dilakonkan oleh Nabila Huda sebagai Saloma manakala Azhan Rani memegang watak AR Tompel.

 

Saloma, AR Tompel

Artikel Lain