suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shuhaimi Lua Tunai Nazar Drama MJATS Dapat Sambutan

Shuhaimi gembira drama MJATS mula dapat sambutan.
PETALING JAYA: Pengarah drama Shuhaimi Lua menunaikan nazar melakukan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha selepas drama arahannya berjudul Maaf Jika Aku Tak Sempurna (MJATS) mendapat sembutan hangat penonton.

Shuhaimi berkata, dia memasang nazar tersebut sejak mula drama tersebut disiarkan di slot Akasia TV3 pada 2 September lalu.

"Saya bernazar sejak awal disiarkan lagi jika drama ini dapat sambutan dan menjadi tranding di laman sosial Twitter saya akan menyembelih seekor lembu pada Hari Raya Aidiladha ini.

"Alhamdulillah minggu lalu drama ini berjaya menjadi tranding beberapa hari selepas ia ditayangkan pukul 7 malam setiap Isnin hingga Khamis lalu," ujarnya kepada mStar Online.
Gambar lembu yang disembelih sempena Hari Raya Aidiladha pagi Sabtu. -Instagram Shuhaimi Lua

Biarpun mengakui agak sukar untuk mencapai populariti drama sebelum ini iaitu Rindu Awak 200%, namun ia sudah mencapai sasaran untuk terus menarik penonton di slot popular itu.

Tambahnya, dia turut menerima pelbagai komen positif daripada penonton melalui laman-laman sosial.

"Pada awalnya memang agak perlahan namun sejak kebelakangan ini iaitu sudah pertengahan cerita ramai yang memperkatakan tentang watak-watak utama drama ini.

"Ramai juga yang beri komen positif tentang drama ini setiap kali selepas disiarkan di TV3," ujarnya.

Dalam pada itu, dia tidak menafikan populariti pelakon-pelakon utama drama tersebut juga menjadi faktor menarik penonton menyaksikan drama tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain