suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atilia Sah Bergelar Isteri Adam

Foto Atilia berpakaian pengantin yang dimuatnaik dalam Instagram miliknya.

PETALING JAYA: Penyanyi Atilia Haron sah bergelar isteri kepada jurutera bunyi yang dikenali sebagai Adam Sofian dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung pada tengah hari Ahad.

Ia disahkan oleh rakan baiknya, Dynas Mokhtar yang turut berada pada majlis tersebut.

"Atilia ada di pentas pelamin, baru saja nikah. Alhamdulillah. Selebihnya mengenai hal perkahwinannya, biarlah dia yang jelaskan sendiri nanti," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Kira-kira pukul 9 pagi Ahad, Atilia telah memuat naik foto sebuah pelamin di akaun Instagram miliknya dengan mengumumkan dia akan berkahwin pada hari ini dan ia hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan rapat sahaja.

Atilia dan Adam kini sah suami isteri.

"Salam everyone, Alhamdulillah. I am extremely happy to share that I will be getting married today amongst family and close friends. We thank you for all your kind wishes and prayers. Love, A&A #atiliaadam," beritahu Alitia pada kapsyen foto tersebut.

Selain itu, Atilia atau nama sebenarnya Raja Puteri Atilia Raja Haron, 40 turut memuatnaik foto dia berpakaian pengantin.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Atilia.

Terdahulu, penyanyi jazz itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Ariff Johan Abdul Aziz pada 18 Disember 1998 dan mereka bercerai pada Januari 2009.


Berita selanjutnya menyusul.
Atilia, Kahwin 2014

Artikel Lain