suria

Eina Azman & Kaiser Gurmeet Bergelar Suami-Isteri

Eina Azman dan suaminya Kaiser Gurmeet Harden. Gambar ihsan Rotikaya

KUALA LUMPUR: Pelakon remaja Eina Azman, 19, selamat bergelar isteri kepada Datuk Paduka, Kaiser Gurmeet Harden, 35, dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Grand Hyatt di sini Ahad.

Akad nikah disempurnakan kira-kira pukul 9 malam oleh bapa Eina iaitu Azman Abdullah dengan mas kahwin sebanyak RM770.

Pengantin lelaki melafazkan dua kali akad nikah.

Pengantin lelaki merupakan seorang muaalaf dan sebelum ini adalah beragama Sikh. Beliau seorang ahli perniagaan.

Majlis akad nikah turut disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Zulkapili Abd Mutalib.

Wajah pengantin Eina Azman


Pihak lelaki membawa wang hantaran sebanyak RM77,000 berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan.

Majlis berlangsung dalam suasana meriah apabila kedua-dua pasangan tampil dengan pakaian punjabi.

Eina pula cantik dengan busana berwarna ungu.

Sebelum ini Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman mencetuksan kontroversi ketika bercinta dengan Afiq Muiz apabila aktor itu dikatakan menderhaka kepada ibunya selepas mengenali Eina.

Eina Azman

Artikel Sebelum

Atilia Enggan Tangguh Timang Anak

Artikel Berikut

Artikel Lain