Keluarga Pernah Halang Shukri Yahaya Jadi Pelakon - Hiburan | mStar

Keluarga Pernah Halang Shukri Yahaya Jadi Pelakon

Shukri Yahaya akui mula mendapat peluang dalam bidang lakonan.
PETALING JAYA: Pelakon Shukri Yahaya mengakui pada awalnya pembabitan dia dalam bidang lakonan mendapat tentangan daripada keluarga yang menganggap kerjaya itu tidak mempunyai masa depan.

Shukri, 26, berkata, dia terpaksa meyakinkan keluarganya bahawa bidang ini mempunyai potensi tersendiri dan boleh dijadikan sebagai kerjaya.

"Saya tidak pernah mengimpikan untuk jadi pelakon, saya juga tidak sangka rezeki saya agak murah dalam bidang ini."

"Pada awal pembabitan memang agak sukar kerana mendapat halangan daripada keluarga, mereka tidak yakin bidang ini ada masa depan untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan utama," ujarnya kepada mStar Online.

Shukri berkata, setelah empat tahun dalam bidang ini, keluarganya semakin percaya dan menyokong minatnya terhadap kerjaya lakonan ini.

Sementara itu, dia turut mendapat sokongan peminat melalui laman sosial Instagram.

"Alhamdulillah, sokongan peminat di Instagram sangat baik, pada awalnya saya jarang muat naik gambar, tetapi bila ramai yang bertanya tentang gambar, saya cuba belajar untuk bergambar selfie," ujarnya.

Dalam pada itu, menyentuh soal peribadinya, Shukri mengakui kini sedang berkawan rapat dengan seorang wanita.

Katanya, mereka masih mengenali hati budi masing-masing dan belum mempunyai perancangan untuk berkahwin.
Shukri Yahaya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain