suria

'Penanggal' & 'Sembunyi:Amukan Azazil' Pencalonan Tertinggi FFM26

Antara mereka yang terlibat dalam FFM26 kali ini. Foto: Shaari Che Mat

KUALA LUMPUR: Dua buah filem iaitu Penanggal dan Sembunyi: Amukan Azazil akan berentap dalam Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM26) apabila mendapat pencalonan terbanyak pada acara itu kali ini yang diumumkan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Jumaat malam.

Penanggal terbitan Astro Shaw menerima 15 pencalonan, manakala filem Sembunyi: Amukan Azazil terbitan Primework Studio pula memperoleh 12 pencalonan daripada 24 kategori yang dipertandingkan.

Dalam majlis tersebut turut mengumumkan penangguhan malam kemuncak FFM26 yang dirancang pada 20 September depan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian sebagai menghormati insiden pesawat MH370 dan MH17.

Kedua-dua filem itu turut berentap menerusi kategori utama iaitu Pelakon Wanita Terbaik yang mempertaruhkan Ummi Nazeera (Penanggal) dan Diana Danielle (Sembunyi : Amukan Azazil).

Filem tersebut juga turut tersenarai untuk kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik masing-masing iaitu Ellie Suriaty (Penanggal) dan Kabir Bhatia (Sembunyi: Amukan Azazil).

Pengumuman lima terbaik pencalonan FFM26 pada tahun ini dibuat oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Datuk Md Afendi Hamdan yang diadakan di agensi itu pada Jumaat.

Azri Iskandar turut dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik.


Sementara itu Md Afendi berkata, pada tahun ini pihaknya menerima penyertaan sebanyak 112 buah karya merangkumi 24 kategori yang dipertandingkan termasuk kategori Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik.

Karya-karya yang layak berbanding adalah filem-filem yang telah ditayangkan dari Oktober 2012 sehingga Disember 2013.

“Untuk memastikan ketelusan, kesemua keputusan akhir oleh pihak juri telah dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara untuk pengiraan skor dan pengesahan muktamad,” katanya.

FFM26 kali ini bertemakan Transformasi Sinema Malaysia yang begitu signifikan kepada usaha kerajaan dalam membangunkan industri perfileman.

Berikut ialah senarai 24 kategori pencalonan akhir FFM26:

Filem Terbaik

1. Skop Productions/ Primework Studios : KL Gangster
2. Primeworks Studios KIL
3. Astro Show/ Primework Studio: Penanggal
4. Primework Studio : Rock Oo
5. Primework Studio : Sembunyi : Amikan Azazil

Pelakon Wanita Terbaik

1. Kalpana : Dhusrajanam
2. Sharifah Amani: Psiko Pencuri Hati
3. Diana Danielle: Sembunyi: Amukan Azazil
4.Ummi Nazeera: Penanggal
5.Lisa Surihani: Istanbul Aku Datang

Pelakon Lelaki Terbaik

1. Azry Iskandar : Penanggal
2. Syed Hussein : Psiko Pencuri Hati
3. Faizal Hussien : Longkai
4. Bront Palarae : Psiko Pencuri Hati
5. Rusdy Ramli : Tanda Putera

Pengarah Terbaik

1. Khabir Bhatia : Sembunyi : Amukan Azazil
2. Syamsul Yusof : KL Gangster 2
3. Ellie Suriaty : Penanggal
4. Mamat Khalid: Rock Oo
5. Nik Amir Mustapha : KIL

Cerita Asal Terbaik

1. Ellie Suriaty Omar : Penanggal
2. Fadzil Zahari : Tokan
3. Amin Shakib : Psiko Pencuri Hati
4. Kabir Bhatia : Sembunyi: Amukan Azazil
5. Mamat Khalid: Rock Oo

Senematografi Terbaik

1. Haris Hue Abdullah : Istanbul Aku Datang
2. S.Y Chong : KIL
3. Raja Mukhtiz : Penanggal
4. Filus Ghazali : Tanda Putera
5. Norhanishan Muhammad : Sembunyi : Amukan Azazil

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

1.Ruminah Sidek : Kolumpo
2.Normah Damanhuri : Penanggal
3.Anne James: KIL
4.Umie Aida : Sembunyi: Amukan Azazil
5.Nell Ng: Kolumpo

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

1. Azad Jazmin : Kolumpo
2. Datuk Rosyam Nor: KL Ganster 2
3. Zizan Nin: Tanda Putera
4. Sharnaaz Ahmad: Juvana

Lakon Layar Terbaik

1.Alfie Pallermo: Sembunyi: Amukan Azazil
2.Nik Amir Mustafa: KIL
3.Ellie Suriaty : Penanggal
4.Syamsul Yusof: KL Gangster
5.Mamat Khalid: Rock Oo

Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik

1. Asia Tropical Films : The Golden Couple
2. Tayangan Unggul : The Collector
3. Asia Tropical Films
4. Genius Parade5. Double Vision/ Astro Shaw/ Passion Entertainment

Filem Pendek Terbaik

1. Reservoir Production
2. Nazri Mohd Annuar
3. Diffan Sina Norman
4. Thumbs Up Team
5. Yu Chee Boon

Poster Terbaik

1. KIL
2. War of The Worlds: Goliath
3. Bencinta4. Balada Pencinta
5. Kolumpo

Kesan Khas Terbaik

1. Tanda Putera
2. Ular
3. Husin, Mon & Jin Pakai Toncet
4. Lemak Kampung Santan
5. Penanggal

Pereka Kostum / Terbaik Busana Terbaik

1. Tanda Putera
2. Rock Oo
3. Sembunyi: Amukan Azazil
4. Kara King
5. Penanggal

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik

1. Ahmad Ashraff Fahmy: Lemak Kampung Santan
2. Putri Balqis: 1 Lawan 1
3. Rykarl Iskandar: Ajiboy
4. Nur Adrianna: Bencinta
5. Farrah Nadiah: Bisikan Syaitan

Pelakon Harapan Wanita

1. Cristina Suzanne: KIL
2. Uqasha Senrose: Paku Pontianak
3. Nelydia Senrose: Cinderella
4. Nadia Aqilah: Zaiton Ceritaku
5. Siti Saleha: Kerat 14

Pelakon Harapan Lelaki

1. Ahya U: Tanda Putera
2. Shukri Yahaya: Ular
3. Karl Shafek: Zaiton Ceritaku
4. Syazwan Zulkifly: Juvana
5. Zul Ariffin: Penanggal

Pengarah Harapan

1. Nam Ron: Psiko Pencuri Hati
2. Syed Hussein: Langgar
3. Ellie Suriaty: Penanggal
4. Nik Amir Mustapha: KIL
5. Esma Daniel: Zaiton Ceritaku

Lagu Tema Asal Terbaik

1. Aku Datang: Istanbul Aku Datang
2. Tokan: Tokan
3. Puisi Sang Dewi: Lemak Kampung Santan
4. Tanda: Tanda Putera
5. Tika: Rock OoPenataan

Bunyi Terbaik

1. Rock Oo
2. KL Gangster 2
3. Penanggal
4. KIL
5. Sembunyi: Amukan Azazil

Penataan Seni Terbaik

1. Rock Oo
2. Tanda Putera
3. Penanggal
4. KIL5. Sembunyi: Amukan Azazil

Skor Muzik Asal Terbaik

1. Sembunyi: Amukan Azazil
2. Tokan
3. Tanda Putera
4. Papermoon
5. KL Gangster 2

Penyunting Terbaik

1. KL Gangster 2
2. KIL
3. Penanggal
4. Istanbul Aku Datang
5. Sembunyi: Amukan Azazil

Filem Animasi Terbaik 


1. Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisam (UMK)
2. Thumbs Up Team
3. El VideographicsSent from my iPhone

FFM26

Artikel Lain