Karl Shafek Hasilkan Jenama Pakaian Neonate - Hiburan | mStar

Karl Shafek Hasilkan Jenama Pakaian Neonate

Karl Shafek menggayakan pakaian jenama terbaharu miliknya, Neonate.

PETALING JAYA: Pelakon Karl Shafek berasa sudah tiba masanya dia memperluaskan kerjayanya dalam bidang perniagaan dengan tampil memperkenalkan jenama pakaian sendiri iaitu Neonate Clothing.

Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim, 34, berkata, idea itu muncul selepas dia melihat kecenderungan masyarakat kini terutamanya golongan muda yang mula menerokai fesyen harian.

"Idea Neonate tercetus apabila saya melihat betapa budaya fesyen high-street itu sentiasa misteri dan berubah-ubah mengikut selera, kecenderungan serta perilaku generasi semasa yang sukar ditafsir.

"Ia membuatkan saya juga boleh meneroka 'misteri' fesyen untuk diaplikasikan pada rekaan baju Neonate," katanya kepada mStar Online.


Tambah Karl, koleksi pertama Neonate telah pun diperkenalkan serentak melalui laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter, serta saluran YouTube pada 26 Mei lalu.

Dalam pada itu, Karl berkata, dia serta kumpulan pereka Neonate akan menghasilkan beberapa koleksi pakaian serta aksesori baharu setiap bulan bermula Jun ini.

"Untuk koleksi pertama yang kami gelarkan Cervidae Red & White 1.0, kami menggunakan material kain kapas sepenuhnya dan sangat selesa dipakai.

"Kami juga sudah bersedia untuk mengetengahkan koleksi lengan panjang serta fesyen kanak-kanak selain pelbagai aksesori untuk lelaki serta wanita,” ujarnya.

Bagi yang mahu mengetahui perkembangan Neonate layari laman Instagram @neonate_clothing. Buat masa ini, urusan pembelian akan di jalankan melalui e-mel dan penghantaran melalui pos laju pada setiap minggu.

Karl Shafek , Neonate

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain