Rozita Che Wan Larang Anak Jadi Pelakon - Hiburan | mStar

Rozita Che Wan Larang Anak Jadi Pelakon

Rozita tidak akan membenarkan anaknya terlibat dalam bidang lakonan biarpun ada pihak menawarkan anaknya itu berlakon. Foto IZZRAFIQ ALIAS.
KUALA LUMPUR: Pelakon Rozita Che Wan tidak akan membenarkan anak lelakinya, Ammar Effendy, 18, terlibat dalam bidang lakonan dan akan memastikan remaja itu memberi tumpuan kepada pengajiannya yang bakal bermula Mei ini.


Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Cik Ta, 41, berkata, sebelum ini ada beberapa syarikat produksi menawarkan tawaran berlakon kepada Ammar namun ditolak secara baik olehnya.

"Jika dia berminat pun saya tidak akan benarkan dia berlakon biarpun ada beberapa tawaran diberikan kepadanya tetapi saya tolak dengan baik," katanya kepada mStar Online.

Rozita ditemui pada majlis pelancaran wajah baharu mStar Online yang diadakan di Alexis The Gardens, Mid Valley, Bangsar di sini pada Khamis.

Ammar bakal memulakan pengajian peringkat asasi di Universiti Nottingham yang terletak di Semenyih dekat sini dalam bidang pengurusan perniagaan.

Dia turut memberitahu tidak berminat untuk terlibat dalam bidang seni seperti ibunya.

Rozita kesal dituduh suka menunjuk-nunjuk apabila dia memberitahu akan membelikan sebuah kereta untuk Ammar.

Dalam pada itu, Rozita kesal apabila ada pihak yang menuduhnya suka menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimilikinya selepas membuat keputusan untuk  memberi hadiah sebuah kereta mewah kepada Ammar kerana kejayaan anaknya itu mendapat keputusan cemerlang 8A 1B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.


Jelas Rozita, dia tidak pernah berniat untuk menghebohkan perkara itu  sebaliknya hanya menjawab pertanyaan pihak media ketika ditemubual baru-baru ini.


"Apabila ditanya mengenai kesahihan tentang cerita saya ingin beli kereta untuk Ammar saya jawab tetapi bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi bersikap riak.

"Tetapi malangnya orang salah faham dengan kenyataan saya dan menuduh yang bukan-bukan tanpa mengetahui cerita sebenar," jelasnya.

Ammar bakal memulakan pengajiannya pada Mei ini.

Sementara itu, Rozita berkata, hadiah yang akan diberikan kepada Ammar adalah sebagai galakkan kepada anak kesayangannya itu selain pemangkin semangat untuk berusaha lebih keras dalam pelajaran pada masa hadapan.

"Dia anak saya dan apa yang saya ingin berikan kepadanya adalah hak saya kerana saya tahu dia sudah berusaha keras selama ini dalam memastikan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan," katanya.
Rozita Che Wan , Ammar Effendy.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Wow! Sandal 'Meletop' Rozita Che Wan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain