suria

Azhael (AF 2013) Terus Kekal Sebagai Pasangan Duo

Azhael yang dianggotai oleh Azhar (kiri) dan Hal Husaini akan tetap kekal sebagai pasangan duo selepas tersingkir pada peringkat separuh akhir Af 2013.
Azhael yang dianggotai oleh Azhar (kiri) dan Hal Husaini akan tetap kekal sebagai pasangan duo selepas tersingkir pada peringkat separuh akhir Af 2013.
Azhael yang dianggotai oleh Azhar (kiri) dan Hal Husaini akan tetap kekal sebagai pasangan duo selepas tersingkir pada peringkat separuh akhir Af 2013.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Azhael yang dianggotai oleh Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Azmi akan terus kekal sebagai pasangan duo walaupun tersingkir pada peringkat separuh akhir program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) yang berlangsung di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Ahad lalu.

Azhar, 25, ketika ditemui berkata, mereka tidak merancang untuk membawa haluan masing-masing selepas ini kerana sudah selesa dengan gabungan sepanjang berada di AF 2013.

"Memang sebelum ini kami ada karier masing-masing dan penyatuan di AF 2013 sebagai satu percubaan namun selepas lapan minggu bersama kami semakin selesa dan akan terus kekal sebagai Azhael selepas ini," katanya kepada mStar Online.

Pada persembahan minggu kelapan itu, Azhael mendapat undian terendah sebanyak 15 peratus selepas menyampaikan dua buah lagu iaitu Kembali Merindu nyanyian asal kumpulan Slam dan Lelaki Ini (Anuar Zain).

Penyingkiran Azhael sekali gus telah melayakkan lima finalis lain iaitu Nadia Amira Othman (Amira), Nur Nabila Mohd Razali (Nabila), Siti Ruhilah Hussien (Indah), Nur Aishah Aziz (Aishah) dan Mohd Faizul Sani (Faizul) mara ke peringkat akhir yang bakal diadakan di Stadium Negara pada 17 November depan.

Dalam perkembangan berkaitan, Hal Husaini, 25, berkata, walaupun kecewa tersingkir seminggu sebelum peringkat akhir namun dia telah menjangkakan Azhael akan meninggalkan pentas AF 2013 pada malam itu.

Jelas Hal Husaini, dia ada menyatakan perasaannya itu kepada Azhar dan tidak meletakkan sebarang harapan tinggi untuk mara ke peringkat akhir.

"Memang kecewa dan terkilan tidak dapat memasuki peringkat akhir tetapi keputusan itu bukan terletak di tangan kami namun saya telah merasakan perkara itu akan berlaku. ia bukan pengakhiran tetapi permulaan.

"Kami tinggalkan AF 2013 dengan penuh rasa bangga dan ia bukan pengakhiran tetapi permulaan buat kami," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain