suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nia Ramadhani Bersyukur Suami Tak Halang Karier

Nia Ramadhani dan suaminya Ardie
Nia Ramadhani dan suaminya Ardie
Nia Ramadhani dan suaminya Ardie

PELAKON Indonesia Nia Ramadhani bersyukur suaminya, Ardie Bakrie cukup memahami minat dia di bidang seni lakonan dan membenarkan wanita itu berlakon.

"Alhamdulillah, saya punya suami yang sering memberi sokongan dalam apa perkara yang dilakukan. Dia tahu saya amat mencintai dunia seni lakonan dan kerana itu dia mengizinkan saya meneruskan karier ini," katanya kepada portal Kapanlagi.

Bagaimanapun Nia juga perlu menghormati beberapa syarat yang diberikan suaminya jika mahu kembali aktif dalam dunia seni di mana wanita itu perlu bekerja mengikut masa dan hari yang bersesuaian.

Dalam pada itu Nia berkata, walaupun menyokong kerjayanya, Ardie tidak akan menemani Nia ketika di set penggambaran kerana tidak sanggup menunggu lama.

"Sebelum kami berkahwin, dia pernah menemani saya di lokasi tetapi katanya. dia tak sanggup menunggu selain kebanyakan lokasi set penggambaran agak jauh," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain