suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anang Puji Sikap Penyayang Ahmad Dhani

Anang puji sikap penyayang Ahmad Dhani ketika menjaga anaknya Dul yang terlantar di hospital akibat kemalangan pada bulan lalu.
Anang puji sikap penyayang Ahmad Dhani ketika menjaga anaknya Dul yang terlantar di hospital akibat kemalangan pada bulan lalu.
Anang puji sikap penyayang Ahmad Dhani ketika menjaga anaknya Dul yang terlantar di hospital akibat kemalangan pada bulan lalu.

PENYANYI dan komposer Anang Hermansyah memberitahu rakan baiknya iaitu Ahmad Dhani telah banyak berkorban dalam menjaga Abdul Qadir Jailani atau Dul sejak terlibat dalam sebuah kemalangan ngeri pada bulan lalu.

Anang berkata, Dhani sentiasa berada di sisi Dul ketika remaja berusia 13 tahun itu berada di hospital dan telah menjaganya dengan baik.

"Beberapa kali saya datang melawat Dul di hospital dan melihat Dhani sangat prihatin terhadap anaknya dan sentiasa berada di sisinya," katanya.

Tambah Anang, walaupun ramai pihak mengecam tindakan Dhani yang terlalu memanjakan anak-anaknya namun sikap lelaki itu melayan anaknya menyentuh hatinya sebagai seorang bapa.

"Sudah tentu kejadian yang menimpa Dul menjadi pengajaran paling besar buat Dhani dan dia menjadi seorang yang lebih kuat demi anak-anaknya," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Dul yang telah dibenarkan keluar dari hospital dan sedang berehat di rumah.

Artikel Lain