suria

Anak Tom Cruise Patah Tangan

Suri kini sedang berehat dan dilaporkan semakin pulih daripada kecederaannya.
Suri kini sedang berehat dan dilaporkan semakin pulih daripada kecederaannya.
Suri kini sedang berehat dan dilaporkan semakin pulih daripada kecederaannya.

ANAK kepada pelakon Tom Cruise dan Katie Holmes iaitu Suri Cruise dilaporkan telah mengalami patah tangan dan dipercayai terjatuh ketika sedang bermain di rumahnya di Manhattan, New York.

Suri yang tinggal bersama ibunya sejak pasangan itu bercerai pada tahun lalu kini sedang berehat dirumah sejak daripada kejadian itu.

"Masih belum diketahui apa punca sebenar dia patah tangan tetapi keadaannya kini semakin pulih," ujar sumber terdekat keluarga itu kepada majalah People.

Kali terakhir Suri dilihat di tempat awam ketika melawat bapanya di London sebelum mengikut ibunya ke lokasi penggambaran filem Miss Meadows di Cleveland, Ohio.

Dalam perkembangan sama, Tom dilaporkan sedang dalam proses membeli sebuah rumah di Nothing Hill, London untuk memudahkan anaknya itu datang ke sana untuk melancong ke Eropah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain