suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Micheal Douglas Tenangkan Diri Sejak Isu cerai

BERITA mengenai perpisahan Michael Douglas dan Catherine Zeta Jones menjadi topik hangat dunia minggu ini.

Bagaimanapun, menurut laporan portal Dailymail, Michael, 68, tidak memberi sebarang respons dengan gosip tersebut namun aktor itu tidak ragu-ragu keluar menampakkan diri di depan umum.

"Michael telah berada di sebuah kapal milik rakannya di Sardinia pada Rabu lalu.

"Ketika foto diambil, aktor tersebut dilihat bersendirian termenung jauh melihat lautan. Wajahnya murung dan dia langsung tidak menampakkan kegembiraannya," kata sumber.

Tambah sumber itu, Michael seperti ingin bersendirian tanpa diganggu orang lain.

Walaupun belum bercerai secara sah, pasangan yang sudahpun berkahwin selama 13 tahun itu dikatakan kini berpisah dan tinggal berasingan untuk bermuhasabah diri.

Catherine, 43, pula dikatakan hanya berada di rumanya di New York.

Difahamkan hubungan pasangan itu mula renggang gara-gara penyakit ganguan bipolar yang dialami Catherine manakala Michael pula menderita sakit kanser tekak.

Artikel Sebelum

Artikel Lain