Halim Othman Enggan Komen Isu Peminat Mengaku Kekasih - Hiburan | mStar

Halim Othman Enggan Komen Isu Peminat Mengaku Kekasih

Halim Othman
Halim Othman

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Halim Othman enggan mengulas mengenai kontroversi dakwaan seorang wanita yang mengaku kekasihnya kerana menyifatkan tindakan itu hanya membuang masa.

Jelas Halim, isu tersebut juga tidak memberi kepentingan kepada masyarakat malah menurutnya adalah lebih baik jika ia tidak diceritakan secara umum.

"Saya tidak mahu komen lagi tentang perkara ini. Benda ini adalah satu perkara yang buang masa.

"Ia langsung tidak memberi manfaat kepada masyarakat dan negara lebih-lebih lagi kita baharu saja menyambut Hari Kemerdekaan," katanya kepada mStar Online.

Minggu lalu, sebuah laman blog mencetuskan kontroversi apabila menyebarkan beberapa keping foto Halim bersama seorang gadis yang dikatakan kekasihnya.

Bagaimanapun Halim menafikan dakwaan tersebut dan berkata wanita yang dikenali sebagai Dania Danisha dalam foto tersebut merupakan peminatnya.

Kenyataan itu membuatkan Dania berang kerana seolah-olah dia dilihat beria-ia mahu menempa nama menerusi gosip tersebut.

"Jangan dengar cerita sebelah pihak sahaja. Sudah beberapa kali kami keluar berdua malah dia pernah mengajak saya bercuti, adakah saya masih dianggap peminat?

"Dia juga pernah berkata mahu melamar saya tetapi lamaran itu ditolak kerana usianya tidak sesuai dengan saya yang jauh lebih muda daripadanya. Jangan kerana nak lepas diri, dia (Halim) menipu," kata Dania menerusi status Facebook yang dimuat naik pada minggu lalu.

Tidak lama kemudian, Halim masih menegaskan dia belum mempunyai teman wanita dan menyifatkan wanita berkenaan sengaja ingin mencari publisiti.

Mengulas lanjut Halim berharap pihak media tidak memberi publisiti mengenai perkara ini.

"Bila orang tanya, ia ibaratkan seperti menepis nyamuk yang banyak. Saya harap soalan ini tidak ditanya lagi," tegasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?