suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tomok Mahu Ubah Gaya Nyanyian Elak Peminat Bosan

Tomok
Tomok
Tomok

PETALING JAYA: Penyanyi Tomok merasakan sudah tiba masa untuk dia mengubah gaya nyanyian sebagai usaha menaik taraf kualiti vokalnya.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 29, berkata, sebagai seorang penyanyi, menjadi tanggungjawabnya untuk memvariasikan gaya nyanyian agar peminat tidak cepat berasa bosan.

"Menaik taraf diri dalam sesuatu kerja amatlah perlu dalam menempa sesebuah kejayaan.

"Begitu juga dengan saya yang ingin mengubah cara nyanyian dan lenggok vokal agar kelihatan berbeza berbanding sebelum ini," katanya kepada mStar Online.

Tambah Tomok, perubahan itu juga akan dilakukan menerusi lagu-lagu yang ditampilkan dalam projek khas bersama kumpulan Manifesto.

Malah Tomok bersama Manifesto bakal muncul dengan sebuah album baharu khas buat peminat-peminat yang mengundi mereka ketika menyertai pertandingan Versus 2 terbitan TV9 pada Jun lalu.

"Sebagai permulaan kami muncul dengan sebuah single lagu sebelum tampil dengan album.

"Sehingga kini, kami masih sibuk dengan kerja-kerja produksi pembikinan album baharu Manifesto," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Tomok juga bakal muncul dengan album solonya pada tahun depan.

Dia juga masih bersama dengan kumpulan New Boyz.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain