suria

Wiz Khalifa & Amber Rose Sah Suami Isteri

Amber dan Wiz kini sah sebagai suami isteri.
Amber dan Wiz kini sah sebagai suami isteri.
Amber dan Wiz kini sah sebagai suami isteri.

KHABAR angin mengenai perkahwinan Wiz Khalifa dan Amber Rose sudah lama diperkatakan. Namun sehingga saat ini berita pengesahan status perhubungan mereka masih lagi menjadi tanda tanya.

Bagaimanapun, menurut laporan portal Dailymail, khabar angin tersebut berkemungkinan benar memandangkan pasangan itu dilihat telah ke mahkamah Los Angeles pada Selasa lalu.

"Pasangan itu hadir untuk menguruskan surat-surat pernikahan mereka. Kiranya mereka bergelar suami isteri secara sah," kata sumber.

Sepatutnya, pengurusan surat-surat pernikahan wajib dilakukan dalam tempoh 90 hari selepas pasangan itu berkahwin. Sedangkan berita perkahwinan pasangan selebriti itu sudah diperkatakan sejak Januari lalu.

Bekas kekasih Kanye West itu telah bertunang dengan Wiz pada Mac 2012 dan telah pun memiliki seorang anak hasil perhubungan bersama.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain