suria

Zac Efron Bercinta Dengan Maika Monroe

Zac dan Maika mula mesra sejak bergandingan dalam filem At Any Price
Zac dan Maika mula mesra sejak bergandingan dalam filem At Any Price
Zac dan Maika mula mesra sejak bergandingan dalam filem At Any Price

SEMPAT menjalinkan hubungan dengan beberapa orang wanita, aktor Zac Efron kini dikhabarkan bercinta dengan seorang aktres berusia 19 tahun iaitu Maika Monroe.

Menurut laporan Contact Music, gadis tersebut sering menghabiskan masa bersama dengan Zac, 25.

"Maika banyak menghabiskan masa di rumah Zac dan aktor tersebut dilihat cukup menyayangi gadis itu," kata sumber.

Zac dan Maika mula mesra sejak digandingkan bersama dalam filem At Any Price sehingga kedua-dua mereka menjadi lebih serius dalam hubungan yang dijalinkan itu.

Sebelum ini, Zac bercinta dengan aktres Vanessa Hudgens namun hubungan itu berakhir pada Disember 2010.

Artikel Lain