suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keira Knightley Kini Isteri James Righton

Keira Knightley sah berkahwin dengan James Righton.
Keira Knightley sah berkahwin dengan James Righton.
Keira Knightley sah berkahwin dengan James Righton.

SELEPAS melakukan pelbagai persiapan, akhirnya aktres Keira Knightley sah berkahwin dengan James Righton, vokalis dan pemain keyboad kumpulan Klaxons pada Sabtu lalu.

Menurut laporan Dailymail, majlis perkahwinan itu diadakan dia dewan La Mairie Hall di Mazan, Selatan Perancis.

Uniknya, perkahwinan mereka cukup sederhana dengan disaksikan hanya 11 orang tetamu termasuklah beberapa ahli kumpulan James.

"Keira seorang pengantin perempuan yang sangat mengagumkan dan sederhana, begitu juga dengan James," katanya salah seorang rakan mereka Alexa Chung, yang juga merupakan pengacara TV (televisyen).

Alexa merupakan sahabat James yang telah memperkenalkan mereka sehingga menjadi pasangan kekasih dan kini suami isteri.

Dengan gaya ala Bohemian, Keira tampak jelita walaupun hanya memakai gaun biasa.

Selepas acara pernikahan, mereka ke rumah keluarga Keira dan mengadakan resepsi dengan kehadiran sebanyak 50 orang tetamu sahaja.

Antara selebriti lain yang hadir ialah Sienna Miller, Alexa dan pereka jenama Channel, Karl Lagerfeld.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain