Artis Sambut Baik Pengumuman Rasmi Najib - Hiburan | mStar

Artis Sambut Baik Pengumuman Rasmi Najib

Najib (kanan) beramah mesra dengan para artis pada majlis Ramah Mesra bersama Ikon dan Persatuan Seni Budaya Tanah Air di Putrajaya pada Rabu.
Najib (kanan) beramah mesra dengan para artis pada majlis Ramah Mesra bersama Ikon dan Persatuan Seni Budaya Tanah Air di Putrajaya pada Rabu.

PUTRAJAYA: Kalangan artis dan penggiat seni tanah air yang memenuhi dewan utama Sri Perdana di sini pada Rabu bersorak kerana menyambut baik beberapa pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyerlahkan perhatian khusus pemimpin nombor satu terhadap kebajikan mereka.

Pada Majlis Ramah Mesra bersama Ikon dan Persatuan Seni Budaya Tanah Air pada Rabu, Perdana Menteri antara lain mengumumkan keputusan kerajaan untuk membangunkan satu model pembiayaan pemilikan rumah buat penggiat seni tanah air di samping pemberian Kad Diskaun 1Malaysia buat mereka.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas Presiden Persatuan Seniman Malaysiaiaitu Zed Zaidi dalam ucapannya pada majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 tetamu itu, membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan kebajikan para penggiat seni.

Zed Zaidi yang ditemui selepas majlis itu menyuarakan rasa lega kerana berjaya menyampaikan sendiri segala masalah yang dihadapi kalangan artis dan penggiat seni kepada Perdana Menteri.

Menurutnya ia adalah antara perkara-perkara yang diperjuangkan oleh persatuan anak-anak seni dalam negara dan keprihatinan Perdana Menteri terhadap keperluan mereka, cukup menggembirakan.

Beliau berkata apa yang diumumkan oleh Najib pada Rabu seperti model pembiayaan rumah, dana pembangunan seni kreatif, kad diskaun dan sebagainya, sememangnya merupakan sesuatu yang amat diperlukan untuk golongan penggiat seni dalam negara.

Sementara itu Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez pula melahirkan rasa terharu dengan perhatian yang diberikan oleh Perdana Menteri terhadap golongan penggiat seni tanah air.

"Kami terharu dan bersyukur kerana dapat perhatian Perdana Menteri dalam semua aspek industri yang perlu ditingkatkan serta dikemas kini, dan saya ucapkan terima kasih kepada beliau atas keprihatinannya," katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri merupakan seorang pemimpin yang sangat mengambil perhatian terhadap soal industri seni negara. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Christina Aguilera Beli Banglo RM30 Juta

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain