suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dr Ezani (MasterChef) Terpaksa Bahagikan Masa Dua Kerjaya Serentak

Dr Ezani (kanan) bersama Ketua Pembangunan dan Pengurusan Harta Intelek, Astro, Bob Azrai yang ditemui di pelancaran program PastriBella, pada Selasa.
Dr Ezani (kanan) bersama Ketua Pembangunan dan Pengurusan Harta Intelek, Astro, Bob Azrai yang ditemui di pelancaran program PastriBella, pada Selasa.
Dr Ezani (kanan) bersama Ketua Pembangunan dan Pengurusan Harta Intelek, Astro, Bob Azrai yang ditemui di pelancaran program PastriBella, pada Selasa.

KUALA LUMPUR: Juara MasterChef Malaysia musim pertama, Dr. Ezani Farhana mengakui terpaksa membahagikan masa sebaik mungkin antara kerjayanya sebagai doktor gigi dan aktiviti memasak.

Ezani atau nama sebenarnya Ezani Farhana Md Monoto 28, berkata, dia telah memulakan pekerjaan sebagai doktor gigi di sebuah pusat kesihatan milik kerajaan sejak awal Januari lalu.

"Sejak kerja awal tahun lalu saya perlu bahagikan masa antara aktiviti seni dan waktu bekerja saya di pusat kesihatan tersebut.

"Jika ada penggambaran saya ‘lari’ sekejap dan susun jadual dengan baik agar tidak mengganggu tugas di klinik," katanya yang ditemui pada Pelancaran Program PastriBella, di sini, Selasa.

Jelas Ezani, kebanyakan undangan untuk demonstrasi masakan yang dilakukannya adalah pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja.

Dalam pada itu, Ezani mengakui kehidupannya sedikit berubah selepas bergelar juara program itu.

"Alhamdulillah rezeki lebih banyak terutamanya undangan demonstrasi dari dalam dan luar negara.

"Saya juga mengacara program wanita di TV AlHijrah serta program masakan di Astro," katanya.

Sementara itu, program PastriBella ke udara mulai 29 Mac lalu di saluran Astro Prima selama tiga minit.

Setiap segmen dan akan diulang siar mengikut kekosongan slot pada hari-hari tertentu.

Program ini merupakan segmen ringkas mengenai demonstrasi penyediaan kek dan pastri hasil tangan Ezani.

Artikel Lain