Raja Ema Raih Populariti Selepas Jadi 'Cover' Majalah

Raja Ema sedia kemabli aktif di persada seni tempatan. Foto BRIAN MOH
Raja Ema sedia kemabli aktif di persada seni tempatan. Foto BRIAN MOH
Raja Ema sedia kemabli aktif di persada seni tempatan. Foto BRIAN MOH

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Raja Ema tidak menyangka namanya begitu cepat popular sejak menjadi penghias wajah muka depan sebuah majalah wanita tempatan yang diterbitkan hujung tahun lalu.

Raja Ema atau nama sebenarnya Raja Ema Raja Ibrahim, 44, berkata, gara-gara peluang itu, dia menerima pelbagai tawaran lakonan dan nyanyian selepas lama menghilangkan diri daripada industri seni tanah air.

"Saya kira ini satu rezeki buat diri ini. Sejak menjadi penghias muka depan Nona, saya dihujani dengan pelbagai panggilan.

"Pada mulanya saya hanya ingin berlakon dan menyanyi sekadar isi masa lapang. Namun sebaliknya pula berlaku, semakin lama tawaran yang diterima semakin banyak. Jadi saya anggap perkara ini sebagai rezeki buat diri saya," katanya.

Tambah pelakon yang pernah popular menerusi filem Sayang dan Mawar Merah ini, jadual hariannya juga hampir dipenuhi dengan kerja-kerja lakonan sehingga akhir tahun ini.

Malah, Raja Ema juga bakal mengubat rindu para peminatnya apabila dia merancang untuk menghasilkan sebuah album baru.

"Semua ini masih lagi dalam perbincangan. Apabila peluang sudah ada di depan mata, takkan kita nak lepaskannya.

"Lagipun saya sudah terlalu rindu mahu beraksi membuat persembahan di hadapan para peminat.

"Tambahan pula saya mendapat tahu peminat-peminat semua turut menantikan kemunculan saya. Alhamdulillah keluarga dan anak-anak turut memberi galakan dan sokongan kepada saya," katanya yang popular dengan lagu Jejaka Idaman.

Bagaimanapun kata Raja Ema, dia tetap akan mendahulukan keluarga sebelum membuat keputusan menerima tawaran-tawaran kerja lakonan dan nyanyian.

Sementara itu, Raja Ema bakal muncul di televisyen menerusi drama Epilog Cinta Kirana yang diadaptasi daripada novel Bawa Daku Ke Syurga yang akan ditayangkan menerusi slot Samarinda bermula April ini di TV3.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain