suria

'Pakcik' Harry Potter Meninggal Dunia

RICHARD GRIFFITHS yang memegang watak sebagai pakcik Harry Potter dalam siri filem berkenaan telah meninggal dunia.

Mendiang yang berusia 65 tahun, disahkan meninggal dunia selepas mengalami komplikasi jantung ekoran pembedahan yang dilakukan ke atasnya di Hospital University Coventry dan Warwickshire.

Richard diberikan watak sebagai Vernon Dursley, iaitu pakcik Harry yang tidak berhati perut dan seringkali membulinya dengan mengurung dia di bawah tangga.

Beliau bukan sahaja seorang pelakon British yang popular malah turut menempa nama dalam bidang teater dan juga komedi.

Daniel Radcliffe, yang memegang watak Harry Potter tidak dapat menyembunyikan rasa sedih di atas pemergian pelakon veteran itu.

Menurut Radcliffe, sikap Richard yang periang, humor serta mesra telah banyak membantu ramai pelakon baru sepertinya berasa selesa di belakang pentas dan di set pengambaran.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain