suria

Dafi Sasar 100,000 Tonton 'Salahkah Aku' Di Youtube

Dafi menerusi klip videonya, 'Salahkah Aku'.
Dafi menerusi klip videonya, 'Salahkah Aku'.
Dafi menerusi klip videonya, 'Salahkah Aku'.

PETALING JAYA: Penyanyi Dafi menyasarkan untuk mengumpul sebanyak 100,000 jumlah tontonan klip video single lagu terbarunya berjudul Salahkah Aku menerusi 'Youtube'.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail, 25, berkata, sehingga kini klip video tersebut telah berjaya menambat hati penonton sebanyak 61,922 tontonan dan dia benar-benar tidak sangka jumlah itu meningkat dengan mendadak selepas seminggu ia dimuat naik di laman tersebut.

"Pada asalnya saya hanya menyasarkan 50,000 tontonan sahaja tetapi tak sangka ia sudah melebihi sasaran. Dan kerana itu saya tingkatkan lagi sasaran itu kepada 100,000 tontonan pula.

"Sebenarnya saya sengaja ingin cuba membuat cara promosi menerusi laman sosial berbanding cara lain yang pernah dibuat sebelum ini.

"Alhamdulillah, strategi itu benar-benar berkesan," katanya kepada mStar Online.

Salahkah Aku merupakan ciptaan sepenuhnya oleh komposer Ajai dan ia merupakan single lagu terbaru dalam memperkenalkan album solonya yang akan dipasarkan pada pertengahan Jun depan.

Tambah Dafi, klip video lagu itu pula diarahkan oleh seorang pengarah baru iaitu Hadith Omar selain ia dilakonkan oleh rakan-rakan artis seperti Elfira Loy, Kaka, Hefny Sahad, Hafizul Kamal, Hairul Azreen dan juga Didie Alias.

"Ini baru sahaja permulaan dimana saya sebagai penerbit untuk klip video Salahkah Aku.

"Malah terdapat kesinambungan cerita yang akan menyusul menerusi tiga single lagu saya yang seterusnya menggunakan khidmat barisan pelakon sama.

"Dan jika melihat pada klip video berkenaan, saya sengaja memilih tema gaya hidup mewah untuk memberikan impak tersendiri," ujarnya.

Penggambaran klip video Salahkah Aku telah dijalankan di Sendayan, Negeri Sembilan dan KDH Villa, Bentong pada Februari lalu.

Artikel Lain