RTM Beri Ruang Kumpulan Rock Lama Beraksi Di 'Rockers Apa Khabar' - Hiburan | mStar

RTM Beri Ruang Kumpulan Rock Lama Beraksi Di 'Rockers Apa Khabar'

Sebanyak 13 kumpulan rock menjayakan program Rockers Apa Khabar yang bakal ditayangkan pada Jun depan di TV2.
Sebanyak 13 kumpulan rock menjayakan program Rockers Apa Khabar yang bakal ditayangkan pada Jun depan di TV2.

KUALA LUMPUR: Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang pernah menyekat kumpulan-kumpulan muzik rock pada tahun 1992 kini memberi ruang kepada mereka untuk beraksi semula menerusi program Rockers Apa Khabar.

Penerbit bersekutunya, Megat Syafnir Farree berkata, hal ini membuatkan kumpulan-kumpulan rock yang tidak sempat menempa nama dalam industri muzik tempatan diberi dalam program 13 episod tersebut.

"Usaha mengembalikan kegemilangan zaman rock kapak atas kerjasama RTM adalah satu penghargaan yang sangat besar setelah muzik ini pernah disekat satu ketika dahulu.

"Selain itu, menerusi Rockers Apa Khabar, pihak RTM ingin membuat koleksi kumpulan-kumpulan rock yang pernah ada di negara kita," katanya pada pelancaran Rockers Apa Khabar di Dataran Palma, Ampang di sini, Ahad.

Sebanyak 13 kumpulan rock termasuklah kumpulan Utopia, Meditasi, Samudera, CRK, Putra, Satira, Burnmark, EYE, Lela, Graviti, Junction, Handy Black dan Bloodsheed telah berkumpul bagi menjayakan program Rockers Apa Khabar yang bakal ditayangkan pada Jun depan di TV2.

Setiap kumpulan akan menyampaikan enam buah lagu popular masing-masing seperti Sinambungan Cinta oleh Graviti, Maya Percintaan (Utopia), Surat Dari Hiroshima (Satira), Bidadari (Lela), Srikandi Cintaku (Bloodshed), Izinkan Selamanya Nama di Hati (EYE) dan Kain Cinta Putih (Putra).

Menurut pengarah kreatifnya, Bakaruddin Daud yang juga merupakan ahli kumpulan Meditasi, program selama sejam itu bukan sahaja menampilkan persembahan nyanyian sahaja, bahkan juga kehidupan kumpulan-kumpulan tersebut.

"Dalam program ini, ia turut memaparkan kehidupan sebenar para artis rock ini di mana tidak semuanya hidup senang.

"Namun, muzik mereka masih lagi mantap dan bertenaga jika membuat persembahan.

"Kumpulan-kumpulan rock otai sudah lama tidak mendapat publisiti di media. Apabila dapat berkumpul seperti ini untuk satu sesi fotografi, ia suatu pengalaman yang berharga buat kami," ujarnya.

Artikel Sebelum

Que Haidar Pilih 4 Pengarah Sahaja

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut