suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adibah Noor Tidak Tolak Jika Halim Othman Jodohnya

Halim (kiri) serasi bersama gandingan barunya, Adibah.
Halim (kiri) serasi bersama gandingan barunya, Adibah.
Halim (kiri) serasi bersama gandingan barunya, Adibah.

SHAH ALAM: Penyampai radio Suria FM, Adibah Noor tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan Halim Othman sekiranya perkara itu di izinkan Tuhan.

Adibah berkata, dia sangat selesa dengan Halim ketika berada di studio radio selain kedua-dua mereka mempunyai banyak persamaan.

"Jika jodoh saya ditentukan oleh Allah dengan Halim saya terima namun setakat ini hubungan kami profesional sebagai rakan sekerja.

"Bagaimanapun saya selesa bersama Halim kerana kami memahami antara satu sama lain dan berkongsi banyak perkara sama terutama minat terhadap ilmu," jelasnya kepada mStar Online.

Pasangan itu ditemui ketika Majlis Resepsi Bersama Peminat Halim Othman dan Adibah Noor yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Halim berkata, Adibah seorang yang senang menyerap sesuatu perkara baru dengan cepat sehingga memudahkan kerjasama mereka apabila bekerjasama untuk siaran pagi di studio.

Tambah Halim, dia terkejut penyanyi dan pelakon itu begitu cepat menyesuaikan diri dan tidak memberikan sebarang masalah.

"Saya cukup seronok bersamanya dalam studio kerana 'chemistry' kami cukup kuat dan tahu kebolehan masing-masing.

"Bagi seorang yang tidak pernah menjadi deejay akan memakan masa untuk memahami pergerakan kerjaya ini tetapi Adibah cukup pantas dalam semua aspek," jelasnya.

Sementara itu, Adibah dan Halim terharu dengan sokongan pendengar yang hadir pada majlis 'resepsi' mereka yang diadakan khas untuk para peminat.

"Pelbagai aktiviti kami adakan hari ini seperti karaoke, persembahan artis, ramah mesra dan sebagainya.

"Malah penyampai yang lain turut bersama-sama menjayakan program yang cukup istimewa pada hari ini," katanya Halim.

Adibah dan Halim bersiaran pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 5 pagi hingga 10 pagi menerusi slot Ceria Pagi di stesen radio itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia