suria

Reen Rahim Usaha Gigih Untuk Jadi Popular

Reen Rahim
Reen Rahim
Reen Rahim

PETALING JAYA: Pelakon Reen Rahim sedang berusaha gigih untuk mengukuhkan karier lakonannya sejak menjuarai program realiti Pilih Kasih 3 terbitan RTM pada tahun lalu.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Rahim, 24, berkata, dia yakin namanya akan popular satu hari nanti menerusi drama atau filem yang mendapat sambutan.

"Buat masa ini saya hanya berlakon tanpa memilih watak bagi mengasah bakat serta mengukuhkan nama dalam industri seni tempatan.

"Saya yakin apabila terdapat watak yang kuat, nama saya pasti akan popular tanpa perlu mengejar populariti.

"Bukan senang untuk menjadi pelakon yang baik. Wajah yang cantik tidak memberi apa-apa nilai sekiranya teknik lakonan tidak dilakukan dengan betul," katanya.

Reen bagaimanapun memberitahu dia amat bersyukur walaupun baru beberapa bulan bergelar artis, banyak penerbit dan pengarah mula memberi kepercayaan kepadanya untuk memegang watak penting dalam karya mereka.

"Tiada apa yang menggembirakan saya selain mendapat kepercayaan daripada mereka dan ia adalah sebagai motivasi kepada saya untuk terus mendapat perhatian," katanya.

Sementara itu, ditanya adakah kontroversi melibatkannya dalam drama Sahara yang dikatakan merendah-rendahkan martabat wanita berpurdah apabila berpegangan tangan dengan lelaki, Reen berkata, dia bersyukur kerana isu tersebut langsung tidak menjejaskan kariernya.

Terbaharu lakonan Reen dapat disaksikan menerusi filem Gangster Celop yang masih lagi ditayangkan di pawagam.

Filem ini turut menampilkan Syamsul Yusof, Kamal Adli, Hanis Zulaika dan Yus (Raja Lawak).

Selain itu, Reen turut muncul dengan beberapa drama seperti Aku Tak Percaya Cinta (TVi) dan KL Drift The Series serta Balon yang akan disiarkan dalam tidak lama lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain