suria

ALBUM BARU: Muzik 'Dubstep' Rencah Baru Muse

ALBUM: The 2nd Law

ARTIS: Muse

EDARAN: Warner Music Malaysia

PERUBAHAN yang unik buat kumpulan Muse apabila menyampaikan kelainan dalam album keenam mereka, The 2nd Law.

Unsur muzik 'dubsteb' yang menjadi trend ketika ini disuntik pada album ini dan lagu Madness menjadi taruhan single pertama buat trio Matt Bellamy, Christopher Wolstenholme dan Dominic Howard .

Madness diibaratkan sebagai pembuka selera pendengar untuk mendalami muzik 'dubstep' pada lagu-lagu seterusnya. Berbeza dengan kebanyakan lagu Muse sebelum ini.

Keupayaan Muse tampil ala ‘dubstep’ sememangnya membuatkan para peminat mencurigai aliran muzik kumpulan ini.

Namun, selepas mendengar keseluruhan albumnya, rasa kegusaran itu terus hilang.

Kreativiti Muse menggabungkan muzik rock dan ala opera yang megah pasti menggegar jiwa pendengar, terutamanya pada lagu Survival.

Melodinya yang turun naik serta tambahan muzik orkestra dan koir cukup dramatis.

Lagu Supremacy pula hadir seolah-olah menjadi lagu tema untuk sebuah filem James Bond pula, Animal dan Explores yang melantun perlahan lebih lembut penyampaiannya.

Namun, Save Me lebih bersifat 'grunge' di mana liriknya bersifat kepedihan jiwa namun menyelit unsur ‘urban’ dan kontemporari.

Panic Station juga menarik perhatian pendengar kerana ia berunsurkan muzik disko.

Selebihnya, lagu-lagu yang dipaparkan lebih pada rock ala Muse yang penuh atmosfera.

The 2nd Law menunjukkan Muse cuba untuk terus meneroka kekuatan kreativiti mereka.

Ini dapat dilihat apabila mereka memasukkan unsur ‘dubstep’ tadi dan sebenarnya mereka cukup mulus dalam menghadirkan sentuhan baru pada lagu-lagu mereka.

Yang penting tiada kata 'membosankan' apabila mendengar seluruh album ini.

Dan sejujurnya, The 2nd Law bukan hanya sesuai buat peminat setia Muse, tetapi juga buat peminat muzik secara umum.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain