suria

Kemelut Sharnaaz & Penerbit 'Darah Panas' Dijangka Selesai

Sharnaaz terbuka untuk menyelesaikan masalah yang timbul di antara dirinya dengan penerbit filem Darah Panas, S. Baldev di luar mahkamah.
Sharnaaz terbuka untuk menyelesaikan masalah yang timbul di antara dirinya dengan penerbit filem Darah Panas, S. Baldev di luar mahkamah.
Sharnaaz terbuka untuk menyelesaikan masalah yang timbul di antara dirinya dengan penerbit filem Darah Panas, S. Baldev di luar mahkamah.

PETALING JAYA: Krisis hubungan pelakon Sharnaaz Ahmad dengan penerbit filem Darah Panas iaitu S. Baldev dijangka bakal menemui penyelesaian apabila Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sedang mengaturkan pertemuan agar kedua-dua pihak dapat menjernihkan keadaan.

Sharnaaz, 27, berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pertemuan tersebut malah berharap ia dapat diselesaikan dengan baik.

"Insya-Allah jika tiada halangan saya dan Baldev akan dipertemukan bagi membincangkan mengenai masalah yang timbul di antara kami dengan bantuan Seniman.

"Saya juga diberitahu pihak Baldev juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan perjumpaan yang bakal diaturkan itu," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Sharnaaz, pihak Seniman masih belum menetapkan tarikh sebenar pertemuan itu kerana kedua-dua pihak mempunyai kesibukan masa dan menjangka ia akan berlaku dalam masa terdekat.

"Saya sangat terbuka dengan perjumpaan ini dan bersedia untuk duduk semeja dengan Baldev untuk menyelesaikan masalah kami dengan baik," jelasnya.

Sharnaaz sebelum ini telah menerima notis saman daripada Baldev ekoran insiden dia dikatakan meninggalkan lokasi ketika penggambaran filem tersebut tahun lalu.

Dalam satu kejadian Sharnaaz turut didakwa telah menolak dan mencekik leher penolong pengarah filem itu, Mohd Hafiz Mat Ishak kerana dikatakan marah apabila terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pakaian bagi kegunaan penggambaran sehingga proses penggambaran bermula lewat.

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata, Seniman menerusi presidennya iaitu Zed Zaidi telah melakukan tugas dengan baik dalam membantu untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di antara mereka.

Dia tidak mahu lagi memanjangkan kes tersebut kerana ia akan hanya merugikan kedua-dua belah pihak.

"Usaha Zed dan pasukannya sangat murni dan saya cukup hargai tambahan pula saya berpendapat tiada gunanya jika kami terus bermusuhan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul Juvana bermula Khamis ini di samping pelakon seperti Johan As'ari, Syazwan Zulkifly, Adam Shah, Zahiril Adzim, Shera Aiyob dan Adlin Aman Ramlie.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain