suria

Adele Enggan Dedahkan Nama Anak

Wajah terbaharu Adele ketika menghadiri anugerah Golden Globe pada malam Ahad lalu (waktu tempatan) selepas hampir setahun berehat. - EPA

LONDON: Penyanyi British, Adele tidak berhasrat untuk mendedahkan nama bayi lelakinya kerana menganggap ia terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum.

Penyanyi berusia 24 tahun ini melahirkan anaknya bersama Simon Konecki pada Oktober tahun lalu.

“Saya tidak bersedia untuk berkongsi nama anak pada waktu ini. Ia begitu peribadi untuk saya. Saya mahu menghabiskan waktu ini bersamanya,” katanya seperti dipetik majalah People.

Penyanyi yang membuat kemunculan semula di pentas hiburan pada anugerah Golden Globe pada Ahad lalu (waktu tempatan) mengakui pengalaman bergelar ibu adalah sesuatu yang mencabar.

“Saya kepenatan. Bergelar ibu mengubah hidup saya. Saya mengalami penyakit ekzema daripada kesan memegang botol susu yang panas,” katanya. - newkerala.com

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain