suria

Suami Mohon A.Aida Tidak Dedah Masalah Kepada Media

A.Aida
A.Aida
A.Aida

PETALING JAYA: Suami kepada pelakon A.Aida iaitu Deputi Superintenden (DSP) Suffian Sulaiman memohon perintah injunksi bagi melarang isterinya memberi kenyataan kepada pihak media berhubung masalah rumah tangga mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mohd. Amran Mat Zain bagaimanapun menetapkan Jumaat ini untuk membuat keputusan permohonan berkenaan selepas mendengar hujah balas daripada pihak defendan (A.Aida) sehari sebelumnya (Khamis).

Peguam Syarie A.Aida iaitu Zulkifli Che Yong berkata, penetapan tarikh itu disebabkan pihaknya gagal mengemukakan hujahan lisan dan bertulis sebagai responden ketika perjumpaan yang diadakan di dalam kamar pada Selasa.

"Pihak mahkamah akan mendengar hujah balas daripada pihak kami pada 17 Januari ini sebelum memutuskan permohonan Suffian," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Pada 2 November tahun lalu, A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 43, yang juga merupakan penerbit drama memfailkan permohonan fasakh terhadap Suffian, 45, yang bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik Bukit Aman.

A. Aida yang popular dengan penerbitan drama Halimah Jongang itu berkahwin dengan Suffian pada 20 April 2007.

Suffian yang merupakan seorang duda sebelum ini turut mempunyai beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu serta seorang anak lelaki bernama Muhammad Rahul yang berusia empat tahun hasil perkahwinannya dengan A.Aida

A. Aida juga pernah bernikah dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada tahun 1994 dan berpisah pada tahun 2003.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Wan Az Aleesa, 16, dan Wan Azevanatassha yang berusia 11 tahun.

Dia juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis berpangkat biasa tetapi rumah tangga itu tidak kekal lama.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain