Jackie Chan Gelar Amerika Syarikat Negara Paling Korup - Hiburan | mStar

Jackie Chan Gelar Amerika Syarikat Negara Paling Korup

Jackie Chan
Jackie Chan

HONG KONG: Bintang veteran Hong Kong, Jackie Chan mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi apabila sekali lagi menggelar Amerika Syarikat (AS) sebagai negara yang paling korup di dunia.

Chan yang mengeluarkan kenyataan kontroversi itu pada saluran Phoenix TV, bulan lalu menyatakan pendapat yang sama buat kali kedua kepada seorang penulis blog di negara itu.

“Apabila bercakap mengenai korupsi di seluruh dunia ini, adakah amalan itu berlaku AS? Jawapannya, negara itu yang paling korup!”

“Dari mana puncanya kerosakan di dunia ini? AS yang memulakannya,” katanya sambil memberikan isyarat merujuk kepada krisis kewangan global yang sedang berlaku.

Chan menambah, China merupakan negara yang masih muda, di mana separuh daripada tempoh kewujudannya ‘dibuli’ oleh pelbagai pihak lain.

Katanya, negara itu hanya menikmati kejayaan yang sebenar pada dekad lalu.

“Pemerintah negara kami mengakui korupsi berlaku di sana tetapi kami sedang memperbaiki dan terus belajar,” katanya yang mengakui negara lain menimbulkan pelbagai isu terhadap China kerana kurang senang dengan ‘kuasa’ dimiliki republik itu kini.

Bagaimanapun, komen bintang filem Rush Hour itu mendapat kritikan hebat daripada penulis blog ruangan hal ehwal antarabangsa di Washington Post, Max Fisher.

Dalam tulisannya, Fisher menyifatkan Chan sebagai ‘anti-Amerika’ kerana dipengaruhi perasaan kurang selamat sebagai masyarakat China.

“Pandangan Chan merupakan refleksi kepada pendapat umum masyarakat China terhadap AS.

“Ia yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak hanya dilihat pada kelakuan mereka, malah pada pandangan yang dipengaruhi perasaan kurang selamat itu,” katanya. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain