Arrora Salwa Tukar Nama Kerana Bimbang Timbul Masalah - Hiburan | mStar

Arrora Salwa Tukar Nama Kerana Bimbang Timbul Masalah

Arrora Salwa kini mahu dikenali sebagai Salwa Razak.
Arrora Salwa kini mahu dikenali sebagai Salwa Razak.

PETALING JAYA: Penyanyi yang sebelum ini dikenali sebagai Arrora Salwa mengambil keputusan untuk menukar namanya kepada Salwa Razak selepas mendapati nama lamanya itu lebih banyak menimbulkan masalah dalam hidupnya.

Salwa atau nama sebenarnya Salwa Md Razak, 28, berkata, dia mengambil pendekatan itu kerana mahu memulakan hidup baharu sempena kedatangan tahun 2013 selain ingin melupakan kisah hitam yang dilaluinya sepanjang bergelar artis sejak empat tahun lalu.

“Hari ini saya adalah manusia yang baru iaitu seorang wanita yang kuat semangatnya selepas mengharungi segala pancaroba hidup terutamanya pada tahun lalu. Saya ingin mahu dikenali sebagai Salwa Razak dan bukan Arrora Salwa lagi,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Salwa berkata 2012 merupakan tahun yang amat menyedihkannya kerana pelbagai isu terpaksa dilalui termasuklah tuduhan dia bersekedudukan serta krisis hubungan dengan keluarga teman lelakinya iaitu bekas anggota kumpulan Max:247, Mohd Fairuz Shaari (Alloi).

Kata Salwa, kisah-kisah itu telah memberi persepsi negatif peminat sehingga menyebabkan kerjaya seni yang baru diciptanya tercalar.

“Sesuatu yang lebih bermakna, saya sekarang sudah “bebas.” Saya tidak lagi berkawan dengan Alloi dan saya mahu meneruskan hidup ini tanpa gangguan daripada sesiapa lagi sebaliknya ingin memberi fokus kepada dunia seni,” katanya.

Salwa yang pernah popular dengan lagu Ahmad berkata, selepas lima bulan memutuskan cinta, dia tidak dapat menafikan kesakitan hatinya sukar untuk diubati tetapi berkat semangat dan kekuatan moral yang dimilikinya, dia berjaya menempuh ujian itu dengan baik.

Nasihatnya, sesiapa yang ingin bercinta elaklah untuk menyayangi seseorang itu seratus peratus kerana perasaan tersebut boleh memusnahkan diri.

“Saya seorang yang kuat kerana pekerjaan saya sebelum menjadi penyanyi ialah seorang anggota polis. Sebab itulah kesakitan yang saya alami dapat saya lalui dengan baik walaupun ia benar-benar memeritkan,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain Salwa berkata dia tidak lagi bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music sebaliknya bergerak secara individual untuk mempromosikan “single” terbaharunya iaitu Hidup Baru.

Tambahnya, “single” tersebut yang berentak balada di jangka akan dilancarkan pada 14 Mac depan.

“Sesuai dengan penghijrahan saya untuk menjadi lebih positif, Hidup Baru adalah lagu yang menceritakan bagaimana cerianya saya selepas berjaya mengetepikan masalah yang melanda diri saya sebelum ini,” katanya.

Sebagai persediaan bagi mempromosikan lagu itu, Salwa banyak melakukan aktiviti bagi menguatkan staminanya dengan berjoging pada waktu pagi dan berenang pula pada sebelah malam.

Dia juga mengamalkan pengambilan vitamin C dan kolagen sekurang-kurangnya tiga kali sebulan agar kelihatan lebih bertenaga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain