Alyah Enggan Mohon Maaf, Pereka Fesyen Serik - Hiburan | mStar

Alyah Enggan Mohon Maaf, Pereka Fesyen Serik

Alyah rasa dihina apabila Rizman Ruzaini dan Hatta Dolmat menghentamnya di Twitter
Alyah rasa dihina apabila Rizman Ruzaini dan Hatta Dolmat menghentamnya di Twitter

PETALING JAYA: Penyanyi Alyah tidak berhasrat untuk memohon maaf terhadap dua pereka fesyen iaitu Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini mengenai salah faham berhubung pakaian yang ditaja pada majlis Anugerah Planet Muzik (APM2012) yang berlangsung di Max Pavilion, Singapura, pada Sabtu lalu.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 31, berkata, dia mengambil pendekatan itu selepas berasa dihina dan diaibkan oleh pereka fesyen berkenaan dalam mesej menerusi Twitter mereka.

"Maruah saya sudah dipijak-pijak. Mereka telah mengaibkan saya dengan kata-kata yang kurang manis. Buat apa saya perlu memohon maaf tentang perkara itu kerana ia telah dibayar dengan kata-kata hinaan yang diberikan mereka.

"Belum sempat saya nak terangkan sebab-sebab saya tidak memakai pakaian rekaan tersebut, mereka telah menghentam saya di Twitter. Saya rasa dihina," katanya yang dihubungi mStar Online di sini , tengah hari Isnin.

Hatta dan Rizman Ruzaini menerusi Twitter mereka pada Ahad telah menempelak Alyah kerana penyanyi itu dikatakan tidak memakai pakaian yang ditaja mereka untuk APM2012 di Singapura, sebuah acara hiburan yang membabitkan penyertaan tiga negara termasuklah Malaysia dan Indonesia.

Alyah dilaporkan telah meminta tiga pereka fesyen termasuk seorang lagi iaitu Amir Luqman bagi menghasilkan busana untuk acara berkenaan sebaliknya beliau dikatakan hanya memakai pakaian rekaan Amir sahaja untuk persembahan pentas serta miliknya sendiri bagi acara karpet merah.

Menurut Alyah yang memenangi kategori Lagu Terbaik menerusi lagu Kisah Hati, ciptaan Manusia Putih pada acara tersebut, pakaian rekaan Hatta dan Rizman mempunyai masalah zip serta beberapa perkara lain.

Akibat hal berkenaan, dia bercadang untuk menyelesaikan masalah tersebut secara berdepan selain ingin menjelaskan sebab-sebab pakaian itu tidak dipakai.

"Saya bukannya seorang yang suka melarikan diri daripada masalah. Ada sebab-sebabnya kenapa saya tidak memakai pakaian mereka dan saya enggan memperbesarkan perkara ini.

"Tambah pula Hatta dan Rizman Rizman telah banyak membantu menaja pakaian saya selama ini, jadi saya tak mahulah nak memburukkan keadaan.

"Jika mereka mengatakan saya tamak kerana ingin menggunakan khidmat ramai pereka fesyen hanya untuk sebuah acara cahaja. siapa yang pernah bekerja dengan saya, mereka akan tahu, setiap majlis anugerah, saya akan bertukar tiga pakaian," jelasnya.

Rizman yang dihubungi pula berkata, dia sudah serik dan enggan bekerjasama lagi dengan Alyah selepas apa yang telah berlaku itu.

Pereka yang pernah menaja pakaian selebriti tersohor seperti Datuk Siti Nurhaliza, Erra Fazira dan Ziana Zain itu menyifatkan Alyah tidak profesional dan kejadian ini bukanlah pertama kali.

"Tiga perkara yang menunjukkan Alyah tidak profesional iaitu dia tidak datang dan berbincang dengan kami pakaian yang ingin dipakai, sebaliknya hanya menghantar gambar sebagai contoh untuk kami menghasilkan pakaiannya.

"Kedua, selepas gaun itu siap, dia tidak datang pula untuk mencuba, sehinggalah apabila gaun itu dibawa ke Singapura, ia langsung tidak dipakai.

"Sebelum ini sudah banyak kali saya menghubunginya tetapi tidak berjawab dan semua urusan perbincangan hanyalah menerusi pembantu peribadinya sahaja.

"Kos pakaian itu bukannya murah, ia bernilai ribuan ringgit dan tujuan ia ditaja adalah untuk mempromosikan jenama kami. Cukuplah, ini adalah kali terakhir kerjasama saya dengan dia," ujarnya.

Sementara itu, Hatta menerusi entri Twitter miliknya pula menyifatkan Alyah sebagai seorang yang tidak menghargai penat lelah pereka fesyen yang cuba menyiapkan pakaiannya itu tetapi tidak memakainya serta enggan memohon maaf.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Chris Martin Nyaris Bakar Rumah Sendiri

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain