suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jessica Simpson Dipecat Sebagai Jurucakap Produk Kerana Hamil

Jessica Simpson.
Jessica Simpson.
Jessica Simpson.

PENYANYI Jessica Simpson, 32, dilaporkan telah dilucutkan peranannya sebagai jurucakap produk pelangsing badan iaitu Weight Watches selepas dikhabarkan sedang hamil anak keduanya.

The Sun melaporkan, pihak pengurusan produk tersebut tidak gembira apabila mendengar kehamilan penyanyi itu dan telah memutuskan untuk menarik balik kontrak bernilai USD 4 juta (RM12 juta) yang ditanda tangani sebelum ini.

Jessica dilaporkan hamil hanya selepas tujuh bulan melahirkan anak pertamanya, Maxwell.

Dalam pada itu, sumber turut mengatakan, pihak Weight Watches marah apabila mendapat tahu tentang kondisi terbaru penyanyi itu apatah lagi sebelum ini dia dianggap gagal menurunkan berat badan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Malah kata sumber tersebut, walaupun Jessica telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 32 kilogram namun ia seperti tidak penting lagi kini.

Dalam perkembangan sama, Jessica masih enggan memberikan komen mengenai kehamilan keduanya itu bersama tunang, Eric Johnson.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain