suria

Nicki Minaj Mahu Berbaik Dengan Mariah Carey

Mariah dan Nicki pernah bekerjasama dalam sebuah lagu berjudul 'Up Out My Face' pada tahun 2009.
Mariah dan Nicki pernah bekerjasama dalam sebuah lagu berjudul 'Up Out My Face' pada tahun 2009.
Mariah dan Nicki pernah bekerjasama dalam sebuah lagu berjudul 'Up Out My Face' pada tahun 2009.

PENYANYI rap Nicki Minaj sedia untuk kembali bekerjasama dalam sebuah lagu baru bersama Mariah Carey jika diva terkenal itu mahu berbuat demikian.

Nicki berkata, tiada sebarang sebab untuknya menolak pelawaan Mariah kerana sentiasa menghormati dan meminati penyanyi terkenal itu.

"Sejak kecil saya mendengar muziknya dan Mariah adalah antara pengaruh terbesar dalam karier nyanyian saya.

"Malah kami pernah berduet dalam sebuah lagu sebelum ini dan ia adalah antara kenangan paling berharga dalam hidup saya. Jika Mariah ingin bekerjasama sekali lagi mengapa tidak?," ujarnya ketika di wawancara dalam program Good Morning America.

Dalam pada itu, Nicki menyifatkan kejadian dia berkelahi dengan Mariah semasa rakaman program American Idol (AI) sebelum ini tidak sepatutnya berlaku dan tidak mahu mengungkit mengenai peristiwa itu lagi.

"Apa juga yang berlaku sebelum ini ia sudah berlalu dan Mariah adalah penyanyi kegemaran saya sejak dahulu lagi.

"Drama yang berlaku di antara kami adalah pelik dan ia langsung tidak menggembirakan kerana saya sangat menyanjung Mariah sebagai penyanyi," ujarnya.

Sebelum ini gara-gara tidak sependapat dalam pemilihan peserta ketika uji bakat program realiti popular American Idol (AI) di Charlotte, North Carolina, Nicki Minaj menengking Mariah Carey sambil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyanyi itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain