suria

Daniel Craig Sertai Kelas Memandu Secara Tertutup

Daniel Craig
Daniel Craig
Daniel Craig

LONDON: Aktor Daniel Craig terpaksa menjalani beberapa kursus memandu secara tertutup bagi mendapkan lesen untuk memandu di New York, Amerika Syarikat.

Laman web contactmusic.com melaporkan, pelakon berusia 44 tahun yang terkenal sebagai watak James Bond itu berjaya melengkapkan ujian bertulis pada September lalu sebelum dia menduduki kursus lain selama lima jam.

Pengurus Professional Driving School of the Americas di Manhattan, New York berkata, pembantu peribadi pelakon itu meminta kursus memandu tersebut dilakukan secara tertutup.

“Pembantunya meminta Daniel menduduki sebuah kelas khas secara tertutup tanpa pelajar-pelajar lain.

“Dia (Daniel) seorang lelaki yang baik dan sangat peramah,” katanya seperti dipetik dalam laporan portal itu.

Kursus yang dijalani hero berasal dari Scotland itu merangkumi video dan taklimat mengenai kaedah membelok yang betul, pemanduan ketika cuaca buruk, meletakkan kenderaan pada petaknya serta pendedahan terhadap bahaya memandu ketika mabuk.

Artikel Sebelum

Artikel Lain