suria

Forteen Minta Jangan Prejudis Dengan Kemenangan AIM19

Kumpulan Forteen membuktikan mereka bukan sekadar 'menjual' rupa dengan kemenangan trofi Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik ke-19, malam Sabtu lalu.
Kumpulan Forteen membuktikan mereka bukan sekadar 'menjual' rupa dengan kemenangan trofi Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik ke-19, malam Sabtu lalu.
Kumpulan Forteen membuktikan mereka bukan sekadar 'menjual' rupa dengan kemenangan trofi Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik ke-19, malam Sabtu lalu.

SHAH ALAM: Kumpulan Forteen meminta agar orang ramai tidak bersikap prejudis dan serkap jarang terhadap kemenangan mereka pada kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu menerusi Seperti Dulu di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-19, malam Sabtu lalu.

Anggotanya Saiful Ridzuan Abd Hamid atau Ariz, 23, berkata, persepsi itu tidak perlu timbul hanya kerana mereka bernaung di bawah syarikat KRU Music yang diketuai Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku jawatankuasa penganjuran AIM19 iaitu Norman Abdul Halim.

“Anugerah itu diadili ramai juri profesional lain daripada pelbagai latar belakang muzik dan rakaman. Rasanya jika Norman yang mengadili, mungkin kami akan menerima banyak pencalonan dan menang besar.

“Jadi, janganlah bersikap prejudis atau serkap jarang dengan kemenangan kami,” katanya ketika ditemui selepas anugerah itu di Stadium Malawati, di sini.

Pada malam AIM19, lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu mengetepikan empat calon lain iaitu Sesaat Kau Datang nyanyian SleeQ feat. Ramlah Ram, Kerana Kasihmu (GX4), Saat Terindah (Firdaus) dan Main Jauh Jauh (Prince of Pop).

Muhammad Ridzuan Sharifuddin atau One, 23, pula berkata, mereka tidak boleh menangkis persepsi negatif yang timbul tetapi kemenangan itu membuktikan keupayaan mereka sebagai kumpulan vokal dan tidak bergantung kepada paras rupa semata-mata.

“Tidak dinafikan timbul pertikaian terhadap keupayaan kami sebelum ini yang mendakwa kami tidak boleh menyanyi secara langsung dan hanya boleh miming.

“Kemenangan ini membuktikan kami diiktiraf berdasarkan bakat walaupun sebelum ini ramai yang mempertikai kami hanya ‘menjual’ rupa sahaja,” katanya.

Mengenai perkembangan terbaru, Ariz berkata, mereka bakal muncul dengan lagu ketiga yang belum mempunyai tajuk pada awal 2013 berserta album pertama.

“Lagu ketiga kami sudah siap dirakamkan dan tajuknya sedang dibincangkan lagi. InsyaAllah ia akan keluar bersama album sulung kami pada awal tahun hadapan,” katanya.

Kumpulan yang mencipta nama menerusi lagu Berdua Bersatu itu turut dianggotai Muhammad Izzul Islam Mazlan (Izzue Islam), 22 dan Mohammad Arif Ameerais Azhar (Ameer), 22.

AIM19 yang mempertandingkan 17 kategori mengangkat lagu Patah Seribu nyanyian dan ciptaan Shila Amzah sebagai Lagu Terbaik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain