"Jangan Ragui Status Anak Angkat Saya" - Almy Nadia - Hiburan | mStar

"Jangan Ragui Status Anak Angkat Saya" - Almy Nadia

Almy Nadia
Almy Nadia

PETALING JAYA: Pelakon Almy Nadia meminta agar desas-desus ditimbulkan pihak tertentu yang mempersoalkan kesahihan status anak angkatnya, Nur Afrina Darwisya dihentikan.

Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 26, berkata, dia sudah mendengar beberapa kali mengenai pertikaian pihak tertentu yang meragui sama ada kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun itu benar-benar anak angkatnya.

“Saya sedar ada pihak yang masih meragui status anak itu dan menuduh saya cuba menyembunyikan bahawa Afrina adalah anak kandung saya.

“Demi kebaikan semua, saya mohon agar isu mengenai anak angkat saya tidak dipanjangkan. Sudah saya jelaskan dari awal, Afrina adalah anak angkat saya dan saya tidak mahu menyebutnya berulang-kali.

“Terus-terang, hanya saya, ibu dan Allah sahaja yang tahu kebenarannya. Tolong jangan ragui status anak angkat saya,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Kata Almy, cabaran untuk membesarkan anak itu tanpa berkahwin memang berat kerana dia tidak boleh mengelak daripada persepsi negatif khalayak.

Namun, kehadiran kanak-kanak yang dijaga mulai 27 April 2010 itu banyak memberikan kekuatan dan inspirasi dalam hidupnya.

“Apabila saya penat dan tertekan dengan nasib kerjaya yang tidak menentu kebelakangan ini, Afrina menjadi kekuatan dan inspirasi saya.

“Saya gembira dan bahagia membesarkan dia. Pendek kata, dia adalah segala-galanya dalam hidup saya,” katanya.

Sehubungan itu, Almy berkata, dia merancang untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir anaknya pada bulan depan bersama pihak media dan peminat.

“Sejak dia berada di bawah jagaan saya, Afrina tidak pernah diperkenalkan kepada khalayak. Mungkin sebab itu, timbul pelbagai cerita kurang enak mengenai kami.

“Insya-Allah, jika tiada aral saya mahu adakan majlis hari lahirnya pada bulan depan atau Disember nanti di Kuala Lumpur bagi memperkenalkannya kepada rakan media dan peminat,” katanya.

Artikel Sebelum

Tomok 'Berlakon' Bersama Isteri

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?