suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Karrueche Tran Hamil Anak Chris Brown

Chris Brown dan kekasihnya Karrueche Tran.
Chris Brown dan kekasihnya Karrueche Tran.
Chris Brown dan kekasihnya Karrueche Tran.

NASIB Karrueche Tran benar-benar tidak baik apabila perpisahan dengan penyanyi Chris Brown turut diiringi dengan berita kehamilannya.

Menurut laporan Superficial, wanita kacukan Vietnam itu hamil anak Chris dan penyanyi itu memutuskan hubungan cinta mereka ketika kandungannya sudah pun mencecah dua bulan.

"Kae (Karruche) sudah lama mengimpikan sebuah keluarga bersama Chris dan dia menganggap Chris juga berfikiran begitu.

"Bagaimanapun sejak Rihanna kembali dalam hidup Chris, Kae bingung. Namun dia tetap menginginkan Chris kembali dalam hidupnya bersama anak mereka," kata sumber.

Chris kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan Rihanna semula dan mereka kerap menunjukkan kemesraan di depan khalayak.

Malah mereka dilihat berpelukan dan berciuman di kelab malam Griffin, New York baru-baru ini dan pasangan itu telah 'mengunci diri' di dalam bilik air selama setengah jam.

Artikel Lain