suria

Robert Pattinson Benci Digelar R-Patz

Robert Pattinson benci dipanggil R-Patz.
Robert Pattinson benci dipanggil R-Patz.
Robert Pattinson benci dipanggil R-Patz.

SEJAK populariti Robert Pattinson memuncak, ramai yang memanggilnya dengan panggilan mesra sebagai R-Patz.

Namun, menurut laporan Contactmusic, aktor tersebut sangat membenci dengan panggilan sebegitu dan mengugut akan memukul sesiapa sahaja jika ada yang memanggilnya dengan nama itu.

"Saya akan memukul tangan dan mulut orang yang memanggil aku dengan nama itu," katanya.

Bagaimanapun difahamkan, kemarahan itu timbul mungkin disebabkan hubungannya dengan Kristen Stewart yang berada dalam proses pemulihan dan masih lagi berusaha untuk mendapat kepercayaan sepenuhnya terhadap wanita itu yang pernah curang dengan pengarah Robert Stewart.

"Kristen harus berusaha mendapatkan kepercayaan Robert semula kerana lelaki itu masih lagi belum yakin sepenuhnya terhadap hubungan cinta yang dijalinkan semula itu.

"Bukan mudah untuk aktor tersebut melupakan perselingkuhan yang terjadi walaupun dia sudah memaafkan kekasihnya itu," kata sumber.

Artikel Lain