suria

Ahmad Idham Bangga Angkat Isu 'Mat Rempit'

Idham memberitahu masih banyak perkara positif yang boleh diketengahkan mengenai mat rempit yang dipandang serong oleh masyarakat.
Idham memberitahu masih banyak perkara positif yang boleh diketengahkan mengenai mat rempit yang dipandang serong oleh masyarakat.
Idham memberitahu masih banyak perkara positif yang boleh diketengahkan mengenai mat rempit yang dipandang serong oleh masyarakat.

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon Ahmad Idham Ahmad Nadzri begitu berbangga kerana dapat menerbitkan filem yang mengangkat golongan mat rempit sebagai subjek utama dalam karya arahannya.

Ahmad Idham berkata, banyak perkara positif yang boleh diketengahkan mengenai mereka yang sering dikaitkan dengan dunia perlumbaan haram itu.

"Saya tidak kisah jika masyarakat mengatakan saya pengarah filem 'mat rempit' malah saya berbangga dengannya kerana tema yang saya angkat bukanlah untuk menghina mereka tetapi melihat kepada sisi positif yang mungkin tidak diketahui masyarakat.

"Menerusi filem terbaru saya iaitu Apa Celop Toqq saya cuba mengetengahkan sisi positif mereka dan impian mat rempit yang sering dipandang serong oleh masyarakat," ujarnya kepada mStar Online.

Filem yang membariskan pelakon seperti Hazama Azmi, Intan Ladyana, Taiyuddin Bakar dan Azad Jazmin itu mengisahkan mengenai seorang anak muda yang sering terlibat dengan mat rempit namun memasang impian untuk menjadi penyanyi.

Apa Celop Toqq bakal di tayangkan di 68 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula Khamis (hari ini).

Dalam pada itu, Idham berkata, dia mengambil keputusan untuk menerbitkan filem tersebut selepas mendapat permintaan tinggi daripada peminat drama bersiri Apa Celop yang pernah menjadi fenomena ketika disiarkan di TV3 awal tahun ini.

Bagaimanapun kata Idham, plot penceritaan dan jalan cerita berbeza daripada apa yang pernah ditonton sebelum ini dan pihaknya yakin peminat Apa Celop akan menyukai filem berkenaan.

"Saya menghasilkan filem ini mengikut permintaan penonton yang menyukai drama bersirinya sebelum ini namun untuk memberikan kelainan cuba lari daripada apa yang pernah mereka tonton sebelum ini.

"Bagaimanapun plot dan jalan ceritanya sangat ringan untuk hiburan penonton," katanya.

Tambah Idham, dia juga berazam untuk menjadikan Apa Celop sebagai jenama dan akan menghasilkan lebih banyak filem dengan menggunakan tajuk itu pada masa hadapan.

Artikel Lain