Adele Enggan Membesarkan Anak Di London - Hiburan | mStar

Adele Enggan Membesarkan Anak Di London

Adele
Adele

WALAUPUN kota London merupakan tempat Adele dibesarkan, penyanyi itu enggan anaknya yang bakal lahir dalam beberapa minggu lagi membesar di situ.

Menurut laporan Digital Spy, Adele dan kekasihnya, Simon Konecki merancang untuk membesarkan anak mereka di sebuah bandar kecil di England, Hove.

"Pasangan itu mahu hidup sederhana dan jauh daripada hiruk pikuk kota London. Mereka tidak mahu tempias populariti Adele terkena pada anak mereka nanti.

"Sehingga kini pasangan itu sedang membuat pengubahsuaian pada rumah tersebut dan akan tinggal di situ sejurus kelahiran anak mereka," kata sumber.

Sejak berita kehamilan bayi sulung Adele, penyanyi itu seolah-olah mahu menyembunyikan diri daripada dunia hiburan dan memilih untuk fokus terhadap keluarganya.

Artikel Sebelum

Victoria Beckham Nafi Hamil Anak Kelima

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

'Pendaki Bikini' ditemui mati kesejukan

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta