Nabil (Raja Lawak) Menyerlah Dalam Lawak Ker Der 2 - Hiburan | mStar

Nabil (Raja Lawak) Menyerlah Dalam Lawak Ker Der 2

Kemunculan Nabil dalam kumpulan Boboi nyata menjadi.
Kemunculan Nabil dalam kumpulan Boboi nyata menjadi.

KUALA LUMPUR: Kemunculan penyampai radio Suria FM Nabil Ahmad dalam pementasan Lawak Ker Der musim kedua bersama kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik ternyata menjadi apabila persembahannya berjaya memikat hati penonton.

Turut memegang amanah sebagai pengacara pada pementasan yang diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya itu, Nabil muncul dengan tarian Lawak Ker Der Style yang menyebabkan satu dewam pada persembahan malam pertama itu ketawa melihat aksinya.

Malah watak Afdlin dan Harun semasa persembahan pertama tenggelam apabila watak pengawal keselamatan lapangan terbang dan pramugari yang dibawa Nabil berjaya menarik perhatian penonton pada malam itu.

Lawak Ker Der 2 sedang dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya dari 28 September lalu hingga 3 Oktober depan.

Selain Boboi ia turut menampilkan Jozan (Zizan Razak dan Johan) dan Harith Iskander yang turut menguasi pentas dengan cara yang tersendiri.

Dalam pada itu, usaha kumpulan Jozan juga nyata tidak mengecewakan dan lawak yang dipentaskan berkonsepkan sketsa komedi cuma barangkali ia terlalu meleret sehingga menimbulkan sedikit rasa bosan.

Bagaimanapun kelincahan dan keserasian mereka di atas pentas cukup hebat dan kolaborasi itu nyata memberi kepuasan kepada penonton.

Tidak ketinggalan Harith yang muncul dengan 'stand-up comedy' berkisarkan mengenai kehidupan biasa rakyat Malaysia dan cerita yang disampaikan cukup dekat dengan hati penonton.

Persembahan Harith yang banyak menggunakan bahasa Inggeris bukanlah satu penghalang untuk penonton bergelak ketawa dengan lawak yang dibuatnya itu.

Lawak Ker Der mampu menjadi satu ikutan dan menguasi pentas Istana Budaya dengan cara tersendiri sekaligus mengangkat martabat para pelawak yang selama ini sering diperlekehkan.

Secara keseluruhannya persembahan Lawak Ker Der 2 selama tiga jam itu sama hebat seperti mana pada musim pertama dan tidak hairan jika pihak Istana Budaya akan melanjutkan pementasan itu untuk musim ketiga. Harga tiket masih boleh didapati dikaunter pembelian tiket Istana Budaya untuk persembahan 1 hingga 3 Oktober atau hubungi 03-41478600.

Harga tiket adalah RM193, RM173, RM123, RM83 dan RM43.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain

Arsenal mahu bincang dengan Ancelotti