suria

Sambutan Luar Biasa Keluarga Isteri Buat Nabil Segan

Nabil dan isterinya, Nazirah.
Nabil dan isterinya, Nazirah.
Nabil dan isterinya, Nazirah.

PETALING JAYA: Status pelawak popular yang digalas Ahmad Nabil Ahmad (Raja Lawak) menyebabkan dia menerima sambutan luar biasa ketika menyambut Aidilfitri buat kali pertama bersama keluarga isterinya di Ipoh, Perak.

Nabil, 29, berkata, keterujaan ahli keluarga isterinya, Nazirah Ayub, 24, meraikan hari lebaran bersamanya menyebabkan dia berasa janggal dan segan.

“Ini adalah tahun pertama saya menyertai keluarga besar isteri saya di Ipoh, Perak. Sebelum ini, saya pernah berjumpa mereka pada Hari Raya Haji lalu tetapi tidak kesemuanya ada.

“Saudara-mara isteri terutama neneknya sangat teruja dengan kepulangan kami. Yang lucunya, habis satu kampung dia canang bahawa saya adalah suami kepada cucunya,” kata Nabil.

Mengenai sambutan Aidilfitri, juara Raja Lawak musim kedua ini berkata, dia berbelanja secara sederhana kerana mahu menyimpan wang untuk persiapan kelahiran anaknya pada Disember depan.

“Saya dan isteri berbelanja ala kadar kerana mahu mengetepikan sedikit simpanan untuk persiapan kelahiran anak saya pada Disember depan.

“Bagaimanapun, sempat juga saya berkongsi rezeki dengan memberikan duit raya kepada anak-anak buah daripada kedua-dua belah keluarga,” katanya.

Nabil berkata, dia kini hanya menumpukan perhatian terhadap sebagai penyampai segmen pagi Breakfast @ Suria di Suria FM, selain undangan menjadi pengacara majlis.

“Saya sudah kurangkan berlakon dan mahu tumpukan pada tugas penyampai radio, selain undangan sebagai pengacara pada hujung minggu,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain