Penyanyi 'Kau Ratnaku', Roy Jadi Pensyarah Muzik - Hiburan | mStar

Penyanyi 'Kau Ratnaku', Roy Jadi Pensyarah Muzik

Wajah terbaru Roy yang kini bergelar pensyarah vokal. - Foto oleh CHAN TAK KONG
Wajah terbaru Roy yang kini bergelar pensyarah vokal. - Foto oleh CHAN TAK KONG

PETALING JAYA: Penyanyi era 90-an Roy berkata minat untuk bergelar seorang pendidik menjadi pendorong untuk dia bergelar pensyarah vokal kumpulan koir di pelbagai institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan sejak lima tahun lalu.

Roy atau nama sebenarnya Mohammed Rauzan Alwi, 48, berkata selain minat yang mendalam, peralihan kepada cabang pendidikan itu turut disebabkan senario industri muzik tanah air yang tidak menentu.

“Kalau diikutkan saya memang suka mengajar. Sebab itu, saya berkembang kepada cabang pendidikan apabila industri muzik tanah air menjadi tidak menentu sejak hampir 10 tahun lalu.

“Kini saya bertugas sebagai pensyarah vokal untuk kumpulan koir di Universiti Kebangsaan Malaysia sejak tiga tahun lalu, selain beberapa agensi kerajaan secara separuh masa,” katanya.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Kau Ratnaku pada 1992 itu ditemui mStar Online pada majlis sumbangan Hari Raya anjuran Persatuan Karyawan dan Yayasan Tabung Amanah Muhibah (TAMU) di sini, malam Selasa lalu.

Ditanya adakah peralihan kerjaya itu petanda dia sudah berhenti menyanyi, Roy berkata sehingga kini dia masih menerima pelbagai undangan nyanyian secara konsisten.

“Saya akan terus menyanyi selagi ada hayat. Alhamdulillah, permintaan terhadap saya masih ada dan konsisten. Cuma, saya tidak muncul di media dan tiada publisiti.

“Bagaimanapun, saya sedang menyiapkan album terbaru yang dijangka keluar pada awal 2013. Empat lagu sudah siap dan saya mencari enam lagu lagi,” katanya.

Mengenai sambutan Aidilfitri, bapa kepada tiga anak ini berkata, dia sekeluarga bakal pulang ke kampung halaman di Johor Bahru, Johor selama dua hari.

Artikel Sebelum

Mas Idayu & Black Gamatkan Mentor 6 Raya

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain